Kembali Ke Sekolah!

Takwim Sekolah 2011

Kalendar Persekolahan Tahun 2011 

Kumpulan A
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 02.01.2011 31.01.2011 22
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 10.03.2011 8
Cuti Pertengahan Penggal 11.03.2011 19.03.2011 9
Hari Persekolahan 20.03.2011 31.03.2011 10
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 20
Hari Persekolahan 01.05.2011 26.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 27.05.2011 11.06.2011 16
II Hari Persekolahan 12.06.2011 30.06.2011 15
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 25.08.2011 19
Cuti Pertengahan Penggal ke II 26.08.2011 03.09.2011 9
Hari Persekolahan 04.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 22
Hari Persekolahan 01.11.2011 17.11.2011 13
Cuti Akhir Tahun 18.11.2011 31.12.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78
Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 03.01.2011 31.01.2011 21
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 11.03.2011 9
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 20.03.2011 9
Hari Persekolahan 21.03.2011 31.03.2011 9
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 21
Hari Persekolahan 01.05.2011 27.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 12.06.2011 16
II Hari Persekolahan 13.06.2011 30.06.2011 14
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 26.08.2011 20
Cuti Pertengahan Penggal ke II 27.08.2011 04.09.2011 9
Hari Persekolahan 05.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 21
Hari Persekolahan 01.11.2011 18.11.2011 14
Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 01.01.2012 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78
Kumpulan A Kumpulan B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Minggu Peperiksaan Datang Lagi…

Persediaan Sebelum…

2 minggu sudah, semua guru sibuk menyiapkan item soalan untuk minggu peperiksaan pertengahan tahun. Maklum saja, pemilihan item mesti berkualiti untuk melatih pelajar menjawab soalan bentuk format peperiksaan sebenar. Bagi kelas peperiksaan, tugas membuat soalan telah di`sub’ kepada pihak tertentu menyediakannya. Guru di sekolah hanya mengedar dan menanda berdasarkan format pemarkahan yang juga telah disediakan.

Yang saya perhatikan, kesungguhan persediaan dari pelajar tidaklah seperti kesungguhan cikgu menyediakan soalan. Tidak pasti apa yang menyebabkan suramnya kemeriahan persediaan mental dan fizikal mereka. Rata-rata nampak masih leka, belajar pada saat-saat akhir dan tidak kurang ambil sikap acuh tak acuh dengan perkara ini.

Bila direnung kembali, saya juga pernah seperti itu semasa Tingkatan 1 dulu..Mungkin rasa seronok belajar di perantauan dengan kawan-kawan melebihi rasa bersungguh untuk belajar dengan tekun. Di Tingkatan 2, saya mula berubah..semuanya bermula oleh Guru Bahasa Arab saya, Ustazah Salwa. Beliau banyak mendidik kami tentang kepentingan ilmu dan masa. Bahasa Arab memang subjek yang mencabar, pertama kali jumpa sewaktu di alam sekolah menengah. Disebabkan minat yang ditimbulkan dari cara Ustazah Salwa mengajar, saya selalu berusaha mendapatkan markah terbaik di dalam kelas, bukan sahaja untuk subjek Bahasa Arab.

Budaya Belajar

Pada saya, semua pelajar perlu ada sikap positif untuk berubah kepada yang lebih baik. Saya hanya bermula dengan minat Bahasa Arab, lalu terus menerapkan kesungguhan untuk menguasai subjek yang lain. Alhamdulillah, saya berjaya cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah yang pertama kali diperkenalkan pada 1993. Belajar di saat akhir hanya mengundang kecewa dan kekesalan.

Sikap positif yang perlu ada pada setiap pelajar termasuklah :

  1. mewajibkan dir menyiapkan kerja rumah oleh guru
  2. mengadakan kumpulan belajar (tidak lebih 6 orang)
  3. membuat nota sisipan untuk hafalan
  4. membuat latih tubi tambahan terutama Matematik
  5. berjumpa guru sekiranya tidak jelas / faham sesuatu topik pelajaran
  6. menjaga kesihatan mental dan fizikal sepanjang masa
  7. meletakkan segala pergantungan kepada Allah SWT
  8. melakukan amalan-amalan sunnah untuk memelihara diri dari perbuatan negatif

Selepas Peperiksaan

Hmm..habis peperiksaan, pelajarlah paling seronok sebab tidak perlu lagi berjaga malam kerana study..Boleh lupakan belajar untuk bercuti dengan bersungguh-sungguh. Tapi jangan lupa, bersukalah seadanya sahaja, jangan sampai memberi kesan negatif pada diri atau orang lain yang menyayangi anda.

Cikgu-cikgu pula, mesti sibuk untuk menanda skrip jawapan anak didik…Banyak kelas, banyaklah skrip yang perlu ditanda. Saya sendiri, sudah teruja untuk menggunakan program analisis item PediA yang disediakan oleh Guru Cemerlang KHB, Cikgu Khairi. Saya doakan semua pelajar mendapat keputusan yang lebih baik berbanding ujian sebelum ini.

Buat guru-guru yang bakal menduduki Peperiksaan Tahap Kecekapan Khamis depan, juga diucapkan Selamat Berjaya! Yang pulang ke kampung halaman, hati-hati memandu, semoga selamat pergi dan balik.

Ok, jumpa lagi!

Karnival Hari Guru 2010

Hari Guru 2010

Saban tahun, pelajar sibuk membuat perancangan untuk meraikan guru mereka. Tapi, lain pula respon dan reaksi dari pihak guru. Setelah saya menjadi guru, 2,3 tahun terawal, agak teruja bila pelajar menghadiahkan bermacam benda sebagai tanda kasih sayang mereka. Tetapi, setelah berakhir Hari Guru, tiada lagi perasaan `berbunga-bunga’ tadi…

Pada saya, ucapan `terima kasih’, ucapan salam sepanjang pelajar bersama guru adalah lebih bermakna. Disulam pula dengan akhlak, pekerti mulia, hormatkan guru, menyemarakkan lagi rasa sayang dan lega terhadap pelajar-pelajar ini. Bukan kena tunggu tiba Hari Guru, baru nak menzahirkan segala rasa yang ada. Terus terang saya nyatakan, persembahan yang didedikasikan khas buat guru di atas pentas itu hanya sia-sia dan buang masa! Pentomen, lagu-lagu jiwa, dan segala yang berunsur hiburan itu bukanlah cara terbaik untuk menghargai guru anda!

Jadi, untuk men`dewasakan’ cara pelajar merancang dan mengurus majlis untuk menghargai guru pada Hari Guru, perlu ada `guru’ yang membantu mereka belajar bagaimana cara yang sepatutnya yang dapat menambat hati pendidik sebagai kenangan yang tidak mudah dilupakan. Oleh itu, Kelab Kebajikan Kakitangan (3K) SMKASAS menyahut cabaran ini untuk memberi bimbingan dan latihan kepada pelajar menganjur program sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Saya telah berusaha mendraf kertas kerja bagi tujuan ini dengan bantuan beberapa rakan guru yang berpengalaman, sebagai permohonan pihak pengurusan untuk kelulusan awal. Kami sepakat namakan program ini sebagai `Karnival Sambutan Hari Guru 2010′. Dalam perancangan, tarikh pelaksanaan adalah pada 17 Mei 2010. Namanya biasa sahaja tetapi pengisiannya jauh berbeza dari kebiasaan sebelum ini.

Setelah penganugerahan `Sekolah Kluster Kecemerlangan’ , tidak dinafikan guru dan pelajar sama-sama agak tertekan dengan pelbagai tuntutan pengajaran dan pembelajaran. Apapun, segalanya kita masih bersama cuba dan berusaha mana yang terdaya dengan cara yang terbaik. Jadi, program yang dirancang ini diharapkan dapat mengurangkan tekanan tersebut, mengubat hati-hati yang sedih, memberi kegembiraan serta menyuburkan kasih sayang sesama warga SMKASAS. Pengisian program adalah berbentuk pertandingan ko akademik, sukan dan memasak. Inilah masanya pelajar dapat menyaksikan bakat terpendam guru-guru mereka, kebolehan sampingan guru di luar profesionalisme sebenar.

Saya cuba menyerapkan penglibatan pelajar dari aspek merancang dan mengurus program ini. Setiap aspek penganjuran terdapat jawatankuasa dari kalangan kelab dan persatuan pelajar. Ringkasnya, guru dan pelajar bersama-sama di dalam satu unit menjadi rakan sepasukan. Diharapkan tunjukajar dari guru terlibat dapat menjadi panduan kepada pelajar untuk menimba pengalaman merancang dan mengurus program.

Oleh itu, adalah menjadi harapan dan cita saya dan rakan-rakan guru umumnya, agar program ini menjadi satu titik mula koordinasi antara guru dan murid dalam menjayakan program sekolah. Di samping itu, ia akan menjadi kenangan manis yang dapat dikenang dalam memori SMKASAS.

Paling penting, guru akan terus rasa dihargai dan dirai dengan seadanya dalam suasana yang berbeza di SMKASAS. Buat semua pelajar di luar sana, kenanglah jasa guru anda. Bukan hadiah berharga yang diharapkan, cukuplah anda menjadi insan kamil berakhlak mulia, mendukung cita-cita agama serta hamba yang taat patuh padaNya. Hormatlah guru anda walau siapa pun anda kini, tegur dan muliakanlah mereka dengan cara yang sepatutnya.

Tanpa guru, anda bukanlah sesiapa!

Jumpa lagi nanti!

Semuanya O.K!

Berlalu juga hari tersebut dan nyata, ia memang menjadi `A Moment To Remember’. Hasil idea, penambahbaik, kebersamaan, kerjasama serta ketekunan kami bersama (cikgu rahayu, cikgu hasnimah, cikgu hamizan, cikgu masitah dan cikgu rosma). Yang jelas kedengaran adalah…pujian semuanya. Alhamdulillah, hasil kesepaduan idea dan usaha kami bersama benar-benar telah memberi impak yang agak luar dari kebiasaan.

Tahun ini, saya hanya mahu penambahan 1 elemen sahaja. Tahun-tahun sebelum ini, Hari Anugerah pasti dibanjiri kuntuman bunga- bunga indah yang digubah sendiri. Kali ini saya cuba menghasilkan paduan antara fabrik, kayu dan bunga-bungaan yang diberi sentuhan kontemporari sebagai konsep baru yang sangat menarik. Di sini, saya akan memuatkan cara dan langkah untuk menghasilkan `Blok Kayu & Flora’ yang mudah anda lihat di butik-butik perkahwinan sebenarnya…

1. Alatan yang diperlukan (kayu inci, span bunga, dawai pagar kebun, paku, stapler gun)

2. Susunkan kepingan fabrik satin. Susun dan lekatkan bermula dari penjuru blok kayu yang telah dibentuk.

3. Rupa bentuk setelah fabrik siap dilekatkan.

4. Potong dawai mengikut saiz blok kecil di tengah bingkai. Lekatkan menggunakan dawai.

5. Susun dan lekatkan span bunga. Susun dan atur gubahan bunga mengikut kreativiti sehingga memenuhi bingkai tengah blok tersebut.

6. Inilah hasil akhirnya… :)

Ini pula blok yang lebih kecil untuk dinding sisi pentas.

Penambahan hiasan sisi pentas, gabungan fabrik dan fauna

Hiasan lelangit di foyer dewan yang julung-julung kali saya berani-beranikan juga untuk direalisasikan sebagai titik tumpu pertama tetamu yang datang. (sblm ni tak pernah ada hiasan di bahagian ini)

Inilah hasil tatarias gabungan cikgu ert, cikgu seni dan cikgu fizik! (Bahagian pentas utama)

Sentuhan bahagian tepi pentas utama.

Saya juga mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli `MY TEAM’ – AJK Pentas  2010. Segala kerjasama, komen, idea serta perkongsian rasa dengan kalian, telah kita sama-sama abadikan pada hasil yang dipersembahkan pada hari yang indah itu.Terasa juga ujian pada peringkat awal, begitu banyak protokol dan minor diskriminasi dalam usaha mendapatkan sumber kewangan bagi projek ini. Tapi, ujian itu memang sesuatu yang biasa kerana .:Hidup Pasti Diuji:.

Hidup terasa begitu bermakna bila apa yang kita lakukan memberi nilai positif dan menggembirakan orang lain.

A Moment To Remember

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMKASAS datang lagi!

  • 3 April 2010 (Sabtu)
  • Dewan Besar As Syafie, SMKASAS Seri Iskandar
  • 8.00 – 11.30 pagi

Setelah 6 tahun menjadi Pengacara Majlis (2 tahun terpaksa diganti dengan guru lain sebab tengah sarat mengandung) :) , kali ini saya tampil dengan sesuatu yang berbeza. Saya mengetuai bahagian `Hiasan Pentas’. Saya sudah lama berminat dengan aktiviti yang memerlukan kreativiti serta ketekunan. Akhirnya, `bersara’ juga saya dari tugas rutin, menjadi MC. Takbirr!!

Sejak malam tadi, saya telah mula membuat lakaran awal tatarias pentas untuk hari besar tersebut. Alhamdulillah, idea asal saya diterima ahli yang lain dan telah ditambahbaik oleh mereka. Terima kasih dan saya berharap, hasil kesepaduan idea kita akan menjadi kenyataan. Yang tak berapa bestnya, bajet yang dipohon belum lagi nampak hasilnya… :(

Sebagai makluman awal, saya sukacitanya ingin mewar-warkan kepada semua bekas pelajar SMKASAS di luar sana, anda dijemput untuk memeriahkan lagi hari yang gemilang ini. Suka juga saya mengingatkan agar anda menjaga etika berpakaian dan adab sopan sebagaimana yang telah digariskan. (Ciri-ciri sebagai Pengacara Majlis tetap ada pada gaya bahasa dan suka menghebah berita… Apa nak buat, dah terbiasa.. :) )

Tahniah kepada mereka yang bakal diraikan dalam majlis yang gilang gemilang, tanda sekolah sangat menghargai anda setelah membawa SMKASAS ke arah kluster kecemerlangan!

Jumpa anda di sana ye!

Pemeriksaan Kesihatan Percuma!

Ramai bekas pelajar SMKASAS rupanya sangat sayang dan sentiasa ingin tahu tentang perkembangan terkini sekolah ini. Ramai juga yang rajin bertamu ke blog saya yang serba kekurangan ini dengan harapan, dapat mengikuti perubahan semasa yang berlaku di SMKASAS. Oleh itu, kali ini saya ingin menulis untuk mereka… :)

Program MOH SIHAT

Buat julung kalinya, Kelab Kebajikan dan Kakitangan SMKASAS berjaya menganjurkan program Pemeriksaan Kesihatan secara percuma kepada semua guru dan staf sokongan. Program ini dijalankan serentak dengan Temasya Olahraga Tahunan SMKASAS Kali Ke-20 pada Sabtu, bersamaan 20 Februari 2010. Saya juga secara tidak langsung terlibat aktif dalam merancang dan melaksana agar program ini dapat dijayakan sepenuhnya.

Hemm..sebut tentang sukan, tentu anda (ex-students) rasa teruja untuk mengetahui rumah mana Juara Keseluruhan 2010, kan? Tapi dengan syarat, kena baca seluruh entry. Hehehe.. :)

More

Solat Berjemaah : Istimewa Sangatkah?

“Ish..,mengah juga kalau macam ni. Cikgu dengan budak, sama-sama terkejar-kejar masa.”

“Eh, sempat ke kita ni? Maleh nak pegi kalau tak sempat ikut imam..”

“Kita sama-sama tengok, ke mana perginya nanti. Makin cemerlang ke atau macam mana..”

Itu antara respon yang saya terdengar dari rakan-rakan guru setelah 3,4 hari SMKASAS mewajibkan Solat Zohor berjemaah kepada semua staf bermula sesi 2010. Pada saya, itu reaksi biasa. Ye lah, apapun dasar atau undang-undang baru, setiap satunya pasti dikritik atau disokong.

Pertamanya, saya mengucapkan TAHNIAH kepada semua warga SMKASAS yang telah berjaya ikut solat berjemaah bersama-sama sepanjang minggu pertama sesi 2010. ANDA MEMANG HEBAT! Anda tahu kenapa? More

Kesibukan Bermula..

Mesyuarat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Rabu lepas secara rasmi telah bermulanya tugas rasmi seorang guru SMKASAS. Khamis pun mesyuarat lagi, semuanya untuk memastikan kelancaran perjalanan awal tahun yang baik untuk anak didik harapan. Puan Fauziah dan Puan Farial juga telah selamat kembali dari menunaikan rukun Islam ke-5. Jelas terpancar riak bahagia dan sempurna pada wajah mereka, berseri-seri..!

Tahun lepas, saya sengaja mengira berapa jawatan semasa di sekolah yang disandang sepanjang tahun. 9 jawatan semuanya, yang More

SMKASAS Terbaik SMKA Perak

Assalamualaikum wbt…

Khamis lepas, seperti yang telah saya war-warkan, adalah tarikh keputusan PMR 2009 diumumkan. Sewaktu saya tiba di sekolah kira-kira jam 9.30 pagi (berjalan turun bukit dari Taska..huhu..penatnya), sudah ada guru-guru kelas Tingkatan 3 yang sedang sibuk membuat analisis keputusan yang baru 10 minit dibawa pulang oleh Tuan Pengetua Kanan.

Sedutan yang sempat dirakamkan setelah siap analisis keputusan.

Membanggakan Tapi…

Ibu bapa dan pelajar telah ramai berlegar-legar perkarangan Dewan Besar dan beransur-ansur masuk ke dalam memenuhi ruang duduk. Setelah majlis dimulakan, Tuan Pengetua Kanan mengumumkan bahawa…

More

Sikap Dan Akauntabiliti Guru

Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar dan Ibu Bapa

  1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.
  2. Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain.
  3. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
  4. Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran.
  5. Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.

Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri

  1. Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
  2. Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa.
  3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya adalah seibang dengan perbelanjaan harian.
  4. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.
  5. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio dan television serta internet.
  6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah.

Wallahua’lam..

Previous Older Entries

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 35,345 orang

Kalendar 2010

September 2014
M T W T F S S
« Sep    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.