Keberangkatan DYMM Sultan Perak ke SMKASAS

Tinggal 15 hari lagi….. SMKASAS bakal menyaksikan sejarah keberangkatan DYMM Sultan Perak mencemar duli sempena Sambutan Jubli Perak SMKASAS dan Hari Anugerah Kecemerlangan 2009. Kami guru2 dan semua kakitangan sekolah mula terasa bahang kesibukan untuk persiapan menyambut ke bawah duli tuanku. Segalanya rasa serba tak kena sebab masih banyak yang belum diselesaikan walaupun detiknya hampir tiba.

Al maklum, suasana menjadi bertambah gawat bila mengetahui bukan sahaja baginda yang bakal datang, tapi diiringi oleh Permaisuri Bainun, anakanda Raja Muda Perak dan isteri, Raja Di Hilir dan isteri, YB Menteri Besar Perak dan isteri serta YB Menteri Pelajaran Malaysia dan isteri!

Saya sebelum ini diamanahkan untuk mengacara majlis penganugerahan pelajar cemerlang tetapi disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan (sedang menunggu hari untuk melahirkan anak ke-4), terpaksalah diganti dengan guru lain.. Saya sebenarnya sangat lega sebab dapat merehatkan tenaga dan minda dari bersusah payah memikirkan pasal majlis yang sangat gah ini.

Keseluruhannya yang saya perhatikan, hanya banyak tekanan dan bebanan kerja yang terpaksa rakan-rakan guru lakukan berikutan majlis ini. Saya bersyukur juga sebab mendapat pengecualian daripada semua kesibukan ini. Tetapi saya tidak juga lega seandainya pihak sekolah mendapat kritikan dari pihak luar sekiranya majlis ini tidak berlangsung dengan baik seperti yang diharapkan.

Saya berdoa agar semua rakan dan pihak pengurusan sekolah diberi kekuatan untuk terus memberi komitmen yang terbaik sempena majlis yang gilang gemilang itu nanti.

Selamat Berjaya kepada semua!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

May 2009
M T W T F S S
    Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: