Menghitung Hari….

Debaran dan suspen untuk melalui kesakitan melahirkan sudah mula saya rasai sejak awal minggu ini. Walaupun bakal melahirkan anak ke-4, ketakutan untuk melalui semua pengalaman yang menyakitkan itu tetap saya fikirkan saban masa.

Oleh itu, untuk menghilangkan semua rasa takut tesebut, saya cuba sibukkan diri dengan terlibat dalam persiapan akhir menyambut ketibaan keluarga DiRaja Perak pada minggu hadapan. Pagi ini, saya dibantu oleh 4 orang pelajar tingkatan 5, menyiapkan gubahan bunga untuk hiasan meja utama Bilik Gerakan SMKASAS. Bilik tersebut bakal digunakan untuk kajlis sidang akhbar Menteri Pelajaran selepas tamat Majlis Anugerah sekolah nanti. Rasa puas hati dan seronok sebab walau dalam keadaan sarat begini, saya berpeluang juga menyumbang sesuatu untuk majlis gilang gemilang itu nanti.

Dalam kesibukan persiapan sambutan diRaja ini juga, kami guru-guru terpaksa menyiapkan kertas soalan untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009. Alhamdulillah, saya berjaya menyiapkan semua tugasan sebelum bercuti panjang nanti. Fail panitia dan segala dokumen berkaitan kerja kursus pelajar juga hampir 100% sudah dikemaskini. Saya juga telah mendapat guru ganti sepanjang saya cuti bersalin nanti supaya pelajar saya tidak terus ketinggalan semasa ketiadaan saya.

Hari ini juga SMKASAS berjaya menjadi Johan Kawad Pergerakan Puteri Islam Malaysia Peringkat Negeri Perak di Padang Rengas. Hmmm…..nampak gaya, memang murah rezeki SMKASAS tahun ini.

Semoga tercapailah jua laungan SMKASAS selama ini… iaitu SENTIASA MENERAJUI KEGEMILANGAN AKHLAK, SAHSIAH, AKADEMIK DAN SOSIAL.

Selamat Maju Jaya semua!

1 Comment (+add yours?)

  1. cikguadilah
    Dec 15, 2009 @ 07:10:06

    Di saat akhir segalanya bertukar. Bilik Gerakan menjadi Kamar Rehat Diraja sebaliknya tiada sebarang sidang akhbar dibuat. Temuramah Menteri Besar dan VIP dibuat di ruang legar sekolah sahaja.
    Seperti dijangka, saya mula sakit bersalin masa Sultan tiba..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

May 2009
M T W T F S S
    Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: