Anak-anakku Sayang…

Pagi ini, kami agak lewat bersiap untuk ke sekolah. Mungkin kerana saya tidur agak lewat kerana menyiapkan tugas-tugas di rumah selepas anak-anak tidur awal malam semalam. Pinggang juga terasa sakit-sakit, duduk melipat kain baju yang dah 3 hari terbiar dalam bakul… Itu memang biasa, tapi mungkin orang lain yang punya pembantu rumah, keadaan lebih terurus dan sistematik. Tapi pada saya, walaupun memenatkan, ia adalah satu latihan fizikal untuk tubuh.

Anak kedua saya, Atiyyah, pagi-pagi lagi sudah mengadu lapar. Malam tadi, dia tidur paling awal, langsung tak sempat nak menjamah chicken chop yang dibeli oleh suami. Sudah dua kali dia terlepas makan makanan kegemaran kakak sulungnya, Alyaa’… Selepas menghantar Alyaa’ dan Atiyyah ke PASTI, dalam perjalanan ke sekolah, baru saya teringat teringatkan rungutan Atiyyah yang kelaparan… Kasihannya dia, tak menjamah apa pun sepanjang malam dan awal pagi ini untuk alas perut sepanjang proses pembelajarannya nanti. Saya terus menelefon suami, memaklumkan untuk berkongsi rasa terkilan dan sedih kerana terlupa membelikan apa-apa untuk si anak tadi mengalas perut… Suami hanya memujuk supaya doakan anak-anak tidak apa-apa…

Itulah gambaran kasih ibu…walau perkara yang remeh pun, tetap dianggap sesuatu yang serius apabila berkait dengan anak-anaknya. Bergenang juga air mata saya…kesian, masih kecil lagi sudah bersekolah dan tak sempat pula untuk makan sebelum melakukan aktiviti yang pelbagai sepanjang pembelajarannya. Saya terkenang pula keadaan realiti sewaktu di sekolah. Bila saya mengajar dan kedapatan 2,3 pelajar yang mengantuk, bila ditanya, alasannya kerana tidak bersarapan pagi. Lalu, tidak bertenaga dan kurang fokus terhadap pengajaran guru semasa di kelas. Saya berharap, ini tidak berlaku lagi pada anak-anak, dan saya akan sentiasa pastikan mereka bukan sahaja sempurna dari segi didikan, malah cemerlang dalam pelajaran.

Buat anak-anakku, terima kasih atas kad ucapan Hari Ibu yang Kak Yong tuliskan untuk Ummi semalam… Semoga kalian menjadi anak-anak yang solehah dunia dan akhirat. Amiin!!!

2 Comments (+add yours?)

  1. Anonymous
    May 12, 2009 @ 09:18:00

    kasih ibu terhadap anak mmg tak dpt dinafikan….tapi kdg2 kelalaian kita sbg ibu mmg membuatkan hati sgt2 terkilan dan kesal…namun kita juga hanya manusia biasa yg tak lari dari kekurangan…moga suatu hari kelak anak akan memahaminya….anyway….tahniah krn ade blog sendiri..

    Reply

  2. qmal wahab
    May 22, 2009 @ 02:36:27

    salamz..ellop sis!baru bukak blog u ni,, ok gak ek..ok, slamat berbloggging!salamz..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

May 2009
M T W T F S S
    Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: