Pelancaran Blog Saya

Semalam saya telah mewar-warkan keujudan blog ini kepada semua ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat. Rasanya tidak terlalu awal untuk dihebahkan walaupun blog ini masih dalam pembinaan.

Rata-rata, ramai yang memberi respon dan komen positif tentang blog ini. Terima kasih banyak saya ucapkan kerana sudi berkongsi rasa dan idea tentang catatan yang ditulis.

Pagi ini, saya bersiap awal ke sekolah, anak-anak ke sekolah dengan Walid mereka. Rasa tidak sabar untuk meninjau persiapan akhir menjelang majlis gilang gemilang menyambut keberangkatan Ke Bawah Duli Tuanku. Banyak lagi kekalutan yang berlaku rentetan senario politik Perak yang tidak menentu. Tambahan pula, Menteri Besar Perak merupakan antara tetamu yang dijadualkan untuk bersama pada majlis tersebut. Pihak sekolah masih tertanya-tanya, MB mana satu yang bakal hadir nanti? Surat jemputan untuk VIP dan VVIP juga tersekat entah di mana dalam kekalutan pejabat SUK di Ipoh. Harapan kami hanyalah yang terbaik, supaya semua jemputan selamat menerima surat masing-masing dan majlis dapat diteruskan dengan jayanya.

Malam esok, akan diadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena pemergian Tuan Pengetua ke Kota London sempena kursus sekolah kluster selama 2 bulan. Tapi saya kemungkinan besar tidak dapat menghadirinya berikutan keadaan kesihatan yang tak berapa menentu, menunggu saat dan ketika untuk melahirkan…Hanya doa sahaja mengiringi Tuan…

Rasanya masih belum terlambat untuk saya merakamkan jutaan tahniah dan penghargaan kepada semua warga SMKASAS kerana telah dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada 6 Mei 2009 yang lalu. Terbayar sudah perih jerih pengorbanan rakan-rakan guru semua dalam menaikkan nama sekolah kita ke peringkat yang lebih tinggi. Sungguhpun kita semua bakal berdepan dan menggalas tugas yang lebih berat serta komitmen yang berlipatganda, saya yakin dan percaya kita semua mampu melakukan yang terbaik. Selagi niat kita ikhlas keranaNya semata, insyaAllah apa saja tugas yang diberi, kita akan mampu melaksanakannya. Kita mesti sentiasa bersatu hati, berlapang dada dan berfikiran positif dalam apa jua yang kita lakukan.

Saya hampir terlupa untuk menulis pada hari ini kerana sibuk menjahit langsir untuk dewan besar. Hanya saya seorang yang tahu menyenggara mesin edging di bilik jahitan, jadi, terpaksalah menunggu kalau-kalau berlaku kerosakan yang mungkin mengganggu atau melewatkan persiapan seperti yang telah dijadualkan. Sakit juga pinggang…tak mengapalah, semuanya saya niatkan untuk melancarkan proses persiapan majlis itu nanti. Itu sahaja yang mampu saya sumbangkan dalam keadaan berat dan sarat begini. Kemungkinan besar, saya telah melahirkan pada tarikh majlis berlangsung… Apapun, moga Allah permudahkan semuanya untuk saya.

Kepada rakan-rakan guru yang berhabis tenaga dan masa untuk majlis itu nanti saya doakan kalian terus memberi komitmen yang tinggi. Jangan lupa juga komitmen untukNya, kerana Dia jualah yang akan menentukan segala yang dirancang menjadi kenyataan yang membahagiakan.

Semoga segala yang dilakukan keranaNya, dikira sebagai pemberat amal di akhirat kelak!

2 Comments (+add yours?)

  1. cPoL
    May 13, 2009 @ 13:14:00

    waa… cantik betul blog ni, teruja ana dibuatnya😀 . Anyway, jemput ziarah ke blog ana:http://savetherebels.gofreeserve.com/blog ana ni konsepnya lain skit, jangan terkejut udah le..

    Reply

  2. Anonymous
    May 14, 2009 @ 07:37:00

    Salam..Rasa tenang sikit bila baca blog ni..Dengan macam macam hal yang berlaku sekarang ni..Insyaallah moga Allah tetapkan hatiku…Teruskan Usaha untuk terus memajukan lagi blog ni ya..(Kak Azma)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

May 2009
M T W T F S S
    Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: