Sesungguhnya Allah Akan Mengujimu…

Sesungguhnya Islam ini memang berat untuk dilaksanakan, kerana ia penuh dengan ujian dan tidak setiap orang dapat menjalankan melainkan setelah ia diuji. Sesungguhnya salah satu yang menjadi rahsia kekalnya agama ini adalah bahawa ia hidup bersama orang-orang yang diuji di bumi ini, hingga Allah mengetahui kejujurannya, ketulusannya, kejelasannya serta keteguhan mereka.

Jadi, cubaan dan ujian itu adalah sejarah dan kisah yang sangat panjang, sejak Allah menurunkan ajaran Laailaaha illallaah di muka bumi ini.

Ujian adalah pembersihan dan penyucian dari segala dosa dan kesalahan sebagaimana halnya pakaian putih yang dibersihkan dari kotoran. Ini adalah pembersihan terhadap hati, ajaran Islam dari segala kotoran yang telah menempel padanya.

Oleh itu, yang semestinya kita lakukan, iaitu mempersembahkan segala sesuatu yang kita miliki dalam rangka menolong agama Islam, sama ada dengan harta, jiwa, nasihat dan peringatan. Adapun hasilnya kita serahkan sepenuhnya kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda :

“Peliharalah Allah (peliharalah ajaran dan hukum-hukum Allah dengan melaksanakan semua perintahNya dan meninggalkan semua laranganNya), nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah, nescaya kamu akan mendapatkanNya di hadapanmu. Kalau kamu memohon, maka mohonlah kepada Allah, kalau kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, bahawa apabila umat ini berhimpun untuk memberikan suatu kebaikan kepadamu, nescaya mereka tidak akan boleh memberikan kebaikan kepadamu, kecuali yang telah Allah tetapkan kepadamu. Dan apabila mereka berhimpun untuk memberikan suatu kemudharatan kepadamu, nescaya mereka tidak akan boleh memberikan kemudharatan kepadamu, kecuali yang Allah tetapkan kepadamu, pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran (amal perbuatan manusia) telah kering.”

Saya memohon kepada Allah supaya kita semua dikurnia kesabaran dan ketabahan dalam setiap ujian dan musibah.

Jagalah Allah, kerana Dia pasti akan menjagamu…

(Dipetik dari buku `Jagalah Allah…Allah Menjagamu…’ tulisan Dr ‘Aidh bin Abdullah al Qarni)

2 Comments (+add yours?)

  1. Ilmuwan Hati
    May 16, 2009 @ 14:54:00

    Selamat Hari Guru Cikgu! Bersama memartabatkan profesion perguruan.

    Reply

  2. Anonymous
    May 27, 2009 @ 02:41:35

    salam… cik dila…da ade blog eh….saya ingt nak g umah cik dila aritu tapi mak kata cik dila tggu mase je nak deliver baby… tahniah dapat bby girl.. byk2 besabar eh..kami support cik adilah…walaupun dalah lambat nak ucap gak slamat ari guru. esk saya final exam…doakan sy kat uum…ni sem last…www.ummi-tulip.blogspot.com

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

May 2009
M T W T F S S
    Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: