Pertandingan Memasak

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah kerana saya masih berkesempatan untuk terus menulis setelah bercuti panjang selepas melahirkan. Hmm, baby pun dah semakin membesar dan sihat.

Ahad lepas, saya dan mak telah menyertai Pertandingan Memasak Ikan Talapia Merah anjuran FAMA sempena Karnival Komuniti Bestari. Daripada niat hanya untuk memenuhi undangan adik ipar yang beria-ia. Lagipun, apa salahnya untuk mencuba nasib, mana tahu kalau-kalau boleh menang.

Saya sibuk mencari resipi yang sesuai dan unik untuk dimasak nanti. Akhirnya, disebabkan kesuntukan masa, saya hanya ubahsuai resipi ikan yang digunakan semasa kami menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perak 2007. Masa tu, SMKASAS menang tempat ketiga.

Pagi-pagi lagi saya sudah memasak untuk suami dan anak-anak. Saya tinggalkan mereka dengan suami dan hanya bawa anak bongsu, Ameera Hasna ke tempat bertanding. Syukur, baby tak meragam langsung sepanjang pertandingan dijalankan.

Saingan 16 kumpulan bertanding memang sengit. Masing-masing memang pakar memasak. Maklumlah, semua punya pengalaman sebagai isteri dan ibu. Mak saya pun belum pernah mencuba resipi yang saya sediakan. Akhirnya, chef yang menjadi juri sepakat mengatakan resipi kami unik dan lain dari yang lain. Tak sangka, kami menang tempat kedua!

Kemeriahan berhujung minggu bersama keluarga menjadikan kemenangan kami tambah bermakna. Anak-anaklah paling gembira kerana dapat menghabiskan aktiviti hujung minggu di luar bersama ToTok, Opah dan Oyang mereka…

Apapun, tahniah buat Mak kerana percubaannya kali pertama memasak `Talapia Harum Wangi Bunga Kantan’ telah membuahkan hasil yang di luar jangkaan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

July 2009
M T W T F S S
« May   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: