Merdeka Dalam Ramadhan

Assalamualaikum wbt…

Sedar tak sedar dah 13 hari kita berpuasa. 10 Ramadhan lepas juga bersamaan dengan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52.

Di sekolah, para pelajar bukan kelas peperiksaan sedang `berjuang’ menduduki Ujian Selaras 2 yang bakal berakhir esok. Guru yang telah menerima naskhah jawapan murid, sedang sibuk menyiapkan pemarkahan. Kertas KHB (subjek saya) hanya akan bermula jam 1230 tengahari nanti.

Selasa lepas, saya telah membuat pesanan belian untuk laptop Dell yang baru memandangkan banyak ragam ditimbulkan oleh laptop sedia ada sehingga menjejaskan kualiti tugas tika memerlukan. Rakan-rakan sekerja nampaknya masih belum berfikiran terbuka mengenai pembelian secara online. Saya pada mulanya agak ragu-ragu tetapi setelah merujuk beberapa sumber, ternyata cara ini lebih mudah dan menjimatkan masa, tenaga dan wang.

Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan, saudara mara dan tetamu yang telah sama-sama meraikan kenduri aqiqah anak saya, Ameera Hasna pada Ogos lepas. Paling penting majlis tersebut telah merapatkan hubungan kekeluargaan, persahabatan kita semua. Syukur juga, majlis dilangsungkan dengan lancar dan penuh meriah.

Sekian dulu untuk kali ini, semoga kita tidak mensia-siakan waktu dan peluang yang ada untuk meraih rahsia, rahmat dan bonus dari langit Ramadhan tahun ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

September 2009
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: