Jauhi Fitnah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…
Mutakhir ini, agak kecoh dengan hal dan masalah di kalangan sahabat sekerja saya di sekolah. Sebagai manusia, sudah tentulah mesti diuji. Yang berkahwin, mungkin diuji rumahtangganya. Yang bergelar ibu bapa, mungkin diuji dengan anaknya. Yang berada, mungkin diuji dengan harta dan kesenangannya. Yang bijaksana dan cerdik pandai, mungkin diuji dengan kejayaannya. Pendek kata, ujian itu bukan diturunkan dalam bentuk yang sedih, bala, sakit atau miskin. Tetapi gembira, sihat, kemewahan dan kebahagiaan juga adalah suatu bentuk ujian.
Tidak perlulah saya menyatakan apa bentuk masalah yang melanda rata-rata sahabat di sini. Tetapi yang tidak seronok, pihak yang `bebas’ dari diuji ini seolah-olah sudah melabel golongan yang bermasalah peribadi sebagai sesuatu yang nampak negatif di mata umum. Hmm… sebagai contoh, saya mungkin agak rapat dengan beberapa guru perempuan dan kami selalu kelihatan bersama.
Dan kebetulannya orang menganggap kami berkongsi masalah yang lebih kurang sama. Saya sendiri agak lucu dengan mereka yang sengaja mereka-reka dan membuat telahan yang silap ini.
Semua orang punya masalah dan mereka berhak memilih pihak ketiga untuk meluahkan masalah masing-masing. Saya mungkin selalu menjadi `favorite’ rakan-rakan ini sebagai pihak yang mendengar masalah dan luahan hati mereka. Saya pun kurang pasti kenapa. Tetapi saya bersyukur kepada Allah kerana ini bukti orang lain senang dengan saya. Hidup jangan mencari musuh, ye tak? Betul kata pepatah, “Tak kenal maka tak cinta”!
Saya rasa, bila bersama dengan sahabat baik, mungkin ada yang kurang senang sebab dia tak ada kawan baik. Tapi tak tahulah kan…telahan saya tak semestinya betul. Yang penting, sebagai suatu organisasi, kita tak perlu memikirkan masalah remeh temeh yang boleh menjejaskan hubungan sesama ahli. Semua orang ada cara masing-masing untuk mengatasi masalah mereka. Jika kita menjadi pihak yang mendengar masalah, jagalah amanah dan kepercayaan orang pada kita. Tak perlu dipanjangkan masalah tersebut kepada pihak yang lain jika tidak perlu. Kerana, masalah itu, jika orang lain tahu, mungkin sesuatu yang aib pada si pengadu. Pada kita mungkin biasa…

Pendek cerita, jagalah hal masing-masing selagi tidak mengganggu ketenteraman dan keselesaan orang lain. Pada yang pening dengan masalah, perlu sentiasa ingat bahawa itu semua adalah ujian. Ujian itu datang dariNya, jadi, mohonlah padaNya untuk ditemukan jalan keluar. Semoga Allah permudahkan segala yang kusut.

Buat yang mungkin telah terlanjur mengada-adakan cerita atau telahan yang tidak betul pada orang lain, hentikanlah…Dalam senyap, anda sebenarnya telah banyak melukakan dan mengguris hati insan lain… Jalan terbaik, mohonlah maaf, jernihkan hubungan supaya keadaan kembali harmoni seperti dulu. Doakanlah sahabat2 kita yang diuji ini supaya mereka tenang dalam menghadapi keperitan hidup. Bukannya melabel mereka sebagai sebuah `kumpulan’ yang boleh dijadikan bahan senda gurau.

Hari ini hari dia…mana tahu, esok lusa, hari kita pula…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

October 2009
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: