Jangan Jadi Pembangkang


Assalamualaikum wbt.

Hmm…tajuk kali ini memang agak mendebarkan. Tapi saya tidak bercakap isu politik. Catatan saya yang ini memang satu isu. ISU YANG MEMBARAH… iaitu disiplin pelajar yang semakin merosot. Mana tidaknya, makin tinggi pengiktirafan yang sekolah terima, makin banyak perkara yang berat kepada kufur nikmat.

Pagi ini, Tuan Pengetua mengulas tentang pelajar yang terus-terusan melanggar peraturan sekolah. Menjadi pembangkang pada peraturan sedia ada. Agaknya inilah ujian yang Allah beri untuk melihat apa hambaNya perbuat. Istidraj dariNya untuk tahu siapa yang syukur, siapa yang kufur atas segala nikmat kejayaan, rezeki, kebahagiaan dan kegemilangan…


Sedangkan Al Quran itu diturunkan untuk menjadi panduan, baik dari aspek ibadah mahupun undang-undang. Semua manusia perlu kepada peraturan dan panduan untuk membentuk jatidiri dan disiplin. Semua ini menyumbang kepada penggunaan potensi dan tenaga secara sistematik dalam menggembleng usaha ke arah kecemerlangan. Kalau hidup tidak ada peraturan, lebih baik jangan kita ada di dunia ini. Semua undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh sekolah memang bertujuan membentuk akhlak, sahsiah dan budaya SMKA yang sebetulnya. Kalau tak hendak ikut peraturan, jangan jadi pelajar SMKA. Barulah dengan megah, anda boleh melaungkan slogan Sentiasa Menerajui Kegemilangan Akhlak, Sahsiah, Akademik dan Sosial”! Peraturan yang ada wajib diikut sebab memang semua yang dibuat, langsung tidak menyalahi syariat, apatah lagi sekolah agama..tiada satupun undang-undang itu dicipta berdasarkan hawa nafsu guru disiplin atau pengetua.

Buat para pelajar yang cikgu harapkan, selangkah anda masuk ke SMKASAS, teruskan perjalanan dengan mematuhi segala peraturan papan tanda, lampu isyarat dan undang-undang jalan dan lorong yang anda lalui sebelum tiba ke destinasi. Undang-undang yang dipatuhi itu termasuklah peraturan sekolah, asrama, nasihat dan arahan guru, tugasan dan kerja rumah, ulangkaji dan kelas persediaan, solat dan doa padaNya. Pendek kata, itu semua adalah syarat untuk anda menempah tiket ke penerbangan kejayaan. Ingat pesan cikgu, tiada kejayaan tanpa susah payah. Guru garang, murid berjaya. Sokong dan dokonglah peraturan sekolah, jangan dibangkang, diprotes sesedap rasa mengikut naluri anak muda.

Jadi, berubahlah dan jangan jadi pembangkang! Masa depan anda, diri sendiri yang menentukan.

Selamat Maju Jaya!

3 Comments (+add yours?)

  1. cikgu_adilah
    Nov 18, 2009 @ 14:12:57

    Waalaikumussalaam…(tanpa nama), The problem is, peraturan ni dah lama berkuatkuasa. Tak perlu lagi amaran pertama. Kalau dah tahu harga hp mahal, ikutlah peraturan. Takde sapa yg kerugian. Sekolah buat peraturan ada sebabnya. Saya dulu pun ada juga nak berontak itu ini.semua benda tak puas hati.tp bila dah jadi pendidik,saya sgt berterima kasih pada semua cikgu, warden di SMAP Labu nun…peraturan tu banyak tarbiyah saya jd diri sy skrg. lagipun, fikirlah banyak kali, `layakkah kita membenci guru-guru kita? siapa kita nak benci org yg mencurah segala ilmu spy jd org berguna kelak?' Kebencian itu, langsung tak menggugat cikgu dan sekolah. Yg dirisaukan, takut keberkatan ilmu dek gara2 benci pd guru, yg tak kunjung tiba… Na'uzubillah…

    Reply

  2. islam
    Jun 05, 2011 @ 03:41:14

    saya tak merasakan kejayaan yang sekolah gapai menyebabkan murid semakin lupa diri sepenuhnya. mungkin ada tapi cuma segelintir sahaja.tidakkah sekolah terfikir bahawa pemikiran anak-anak dahulu dan sekarang sangat berbeza.anak remaja kini semakin kuat memberontak.sebagai satu cara untuk mereka memperoleh kebebasan dengan cara melanggar peraturan sekolah.jika dulu sek. memberi kebenaran untuk naik ke asrama selepas waktu p&p kini tidak lagi .pelajar2 terlalu letih.jika dilihat kebenarannya rata2pelajar tidur semasa membaca al-mathurat selepas asar.secara jujurnya komen ini bukan bermaksud ingin menyalahkan sek tetapi ikhlas dari insan yang ingin melihat SMKASAS terus gemilang di persada marcapada.carilah pendekatan yang lebih baik utk pelajar2ini.sememangnya sek. tidak wajar dipersalahkan sama sekali tetapi sikap remaja dewasa ini yang sebenarnya harus ditangani secara hikmah.sekian dahulu.harap maaf atas segala yang mengguriskan.

    Reply

    • cikguadilah
      Jul 26, 2011 @ 04:32:55

      terima kasih atas komentar anda. saya pun setuju dgn anda pasal bab pelajar tidak dibenarkan naik ke asrama slps pnp… tetapi memberontak bukan jln yg sepatutnya utk menyuarakan ketidakpuasan hati. ada saluran yg boleh pelajar guna utk suarakan bantahan… tq

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: