kejadian yang tidak diingini

Assalamualaikum semua…

Hari ini adalah minggu ke-2 cuti sekolah. Cuti kali ni agak berbeza sebab kami sekeluarga terpaksa `bercuti’ hanya di sini. Selalunya time cuti sekolah, kami akan ke kampung suami di Gemas, Negeri Sembilan. Ini semua berlaku tanpa diduga…Allah jua sebaik-baik penentu. Jumaat hari akhir persekolahan, saya bersama suami pergi ke KTMB Batu Gajah, menjemput adik bongsu saya, Akmal dan kawan-kawannya yang bakal memulakan latihan praktikal untuk keperluan program pengajian.

Hujan mengiringi sepanjang perjalanan. On the way balik ke Bota, hujan semakin lebat.

Suami pun memang berhati-hati memandu kerana kadangkala dia agak confuse bila drive kereta auto. Malang tidak berbau, tiba di traffic light simpang ke Bali, kami bergerak setelah lampu hijau. Tetapi suami tiba-tiba brek mengejut kerana kereta hadapan berhenti. Keadaan agak selamat, tetapi tiba-tiba kereta kami dihentam dari belakang! Kereta belakang tidak perasan kami berhenti, lalu terhentaklah kami yang tersepit ini dari depan dan belakang…

Mujurlah anak-anak saya semuanya di Taska sebab nak bagi space adik dan kawan-kawannya beserta bagasi masing-masing. Kami terpaksalah berhenti di tepi jalan, menyelesaikan apa yang patut.. Alhamdulillah tiada yang cedera, kami cuma terhentak pada sit masing-masing. Saya cuma kasihan pada suami..belum selesai kereta yang dah di bengkel, terpaksa serah sebuah lagi untuk dibaiki..Tambahan pula, kereta yang baru sebulan suami beli!

Jadi, bercutilah kami di Seri Iskandar, pada Iduladha sehinggalah kereta Wira keluar dari bengkel…Apapun, saya mengambil kesempatan bercuti di kampung halaman sendiri dengan membuat persiapan kurikulum untuk anak sulung yang bakal masuk sekolah rendah. Sebagai suri rumahtangga, semestinyalah, tugas yang rutin : mengemas, makeover apa yang patut, mengasuh anak, memasak, mengisi masa dengan hobi baru (blogging) dan memastikan apa yang patut untuk keluarga.

Buat saudara mara ipar duai yang diingati selalu, semoga kita dapat bertemu di majlis pertunangan Ummi Munirah, pada 26 Disember akan datang…

Sekian dulu…

2 Comments (+add yours?)

  1. adik
    Dec 09, 2009 @ 07:33:24

    wow amazing! bestla blog nih..mcm saifulislam.com gitu (ke arah). harap kte jumpa kat rembau.Insya Allah

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: