My 2010 Plans

Assalamualaikum semua.. semoga berada dalam rahmat dan kasih sayangNya..

Tujuan utama saya membangunkan blog site ini adalah untuk menambah ilmu serta berusaha mengembangkannya untuk peningkatan profesionalisme guru. Saya selalu sembang dengan rakan baik saya, Cikgu Hasnimah, yang saya sangat ingin belajar bagaimana cara alternatif memudahkan pelajar mengakses contoh-contoh soalan peperiksaan dan ujian serta membuat penyelidikan tugasan kerja kursus PMR.

Saya berusaha untuk memasukkan contoh-contoh soalan di dalam blog ini supaya pelajar saya dapat belajar di sekolah mahupun waktu cuti sekolah. Ini semua dah lama dalam kotak fikiran. Saya berusaha belajar membina blog ini sendiri dan dari seorang freelance designer (junior saya di kolej dulu). Semangat tambah membara tatkala SMKASAS diiktiraf sebagai Seklah Kluster Kecemerlangan pada Mei 2009. Kluster, jadi mesti maju dan seiring dengan namanya!

Saya sangat berterima kasih kepada semua rakan guru, staf, keluarga terutamanya suami yang sentiasa memberi semangat dan sokongan untuk saya terus menyumbang sesuatu buat diri dan orang sekeliling saya. Saya juga berharap agar rakan-rakan guru juga dapat bersama-sama membina blog site masing-masing atas dasar perkongsian ilmu dan perjuangan mencapai misi dan visi sekolah.

Takbir!

5 Comments (+add yours?)

  1. cikgu
    Dec 09, 2009 @ 13:15:30

    Cikgu lain dah bertahun2 guna online utk peningkatan profesionalisme keguruan. Tapi saya baru ini mahu dan berminat untuk mencuba. Apapun, inilah cabaran buat diri sendiri selain berkongsi ilmu dengan orang sekeliling. Doakan saya…

    Reply

    • cPoL
      Dec 11, 2009 @ 12:09:05

      takpa… better late than never😀 . Masa muda ni lah nak kuasai teknologi, agar tidak ketinggalan nanti.

      Anyway, do it (blogging) for sake of Allah.

      Reply

  2. Kharina
    Dec 15, 2009 @ 05:43:38

    Salam.

    Tahniah kerana membangunkan blog untuk manfaatkan ilmu bersama. Insha Allah, saya akan sentiasa visit blog adilah, dan jika ada kesempatan berkongsi cerita.

    Reply

    • cikguadilah
      Dec 15, 2009 @ 05:53:26

      Waalaikumussalaam…
      Qarin, terima kasih banyak sudi singgah di sini. Terima kasih atas sokongan. Ilmu pun tak banyak, hanya tulisan yg biasa2 sj. Kalau beroleh manfaat dan kebaikan buat komuniti siber, itu sudah memadai..

      Reply

  3. hasnimah
    Dec 24, 2009 @ 14:16:44

    tahniah sahabatku. hari ni br berpeluang tgk blog…memang teruja i.teruskan usaha. boleh la i belajar jgk buat blog.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: