Lukisan Pertama

Assalamualaikum wbt semua, semoga dirahmati dan dilindungi Allah SWT…

Sepanjang cuti sekolah ini, saya hanya bersama keluarga di rumah dan menjalani rutin harian seperti biasa. Bezanya, kali ini dengan anak-anak yang semakin membesar dan nakal dengan cara masing-masing. Yang sulung bakal memasuki sekolah rendah tak lama lagi. Saya dan suami sudah mula memberi pendedahan kurikulum Darjah 1 padanya, siap dengan jadual belajar.

Seronok

Mulanya, anak rasa tidak adil sebab adiknya, Atiyyah tidak masuk dalam jadual tersebut. Saya pun menerangkan bahawa semua anak-anak adalah terikat dengan jadual tersebut. Hari-hari pertama cuti sekolah, Alyaa agak seronok membaca dan merujuk jadual, apa aktiviti yang akan dilakukan sepanjang hari. Lewat kebelakangan ini, dia dah kurang merujuk tetapi pembelajaran berjalan seperti biasa.

Jadual Belajar Alyaa’ Izzah

Kesan

Saya dapati, ada kesan positif yang berjaya merangsang minat dan ketekunan anak belajar daripada jadual belajar yang dirancang. Alyaa sudah dapat membaca 12 surah akhir Juz `Amma dengan baik dan lancar. Dia juga sudah membaca tafsir semua surah tersebut. Begitu juga dengan hadith dan potongan ayat al Quran yang ringkas. Selalunya dia solat dengan saya di rumah. Kadang-kadang ikut walidnya berjemaah di surau. Kalau saya terlewat solat, masing-masing sibuk mengingatkan..Alyaa dan adik-adiknya.

Cuma saya sedikit gusar, dia masih belum cukup cekap dalam pengiraan mudah. Mungkin dia belum faham kepentingan bidang ini sebab dia masih belum masa untuk dia menguasainya. Saya juga terpaksa akur sebab inilah pertama kali saya betul-betul bertegas tentang mengajar anak belajar di rumah. Saya cuba memberi masa dan ruang secukupnya buat dia dan diri saya membiasakan ini sebagai rutin pada masa akan datang.

Kesan yang paling ketara, saya telah dapat mengenali karakter anak-anak saya dengan lebih baik dari aspek cara mereka belajar. Selalunya saya rujuk guru-guru PASTI anak tentang pencapaian dan segalanya tentang mereka semasa di sekolah. Rupanya, inilah hikmah di sebalik kejadian kemalangan kereta tempoh hari. Tak dapat balik kampung suami sebaliknya, Allah beri peluang sebaiknya untuk saya kukuhkan hubungan dengan anak-anak saya sebagai ibu dan guru mereka.

Kartun

Kalau tak suka kartun, bukanlah budak namanya. Masa saya budak dulu pun, sukakan kartun. Tapi, zaman sekarang, kartunnya memberi pengaruh yang sangat kuat baik dari aspek karakter mahupun bahasa. Kartun sekarang banyak menggunakan bahasa dan istilah orang dewasa yang tak sesuai untuk kanak-kanak. Contohnya, `tak guna!’ dalam siri kartun animasi Jepun dan Korea yang dialihbahasa. Kadang-kadang terungkap juga dari mulut-mulut kecil di rumah ini. Semuanya ditiru dari kartun..sebab tu suami saya gelar TV ni `peti puaka’!

Setiap hari saya pasti mengomel marahkan mereka sebab terlalu asyik menonton kartun. Tapi, saya dan suami ada senjata rahsia untuk `catu’ tayangan tv. Masa tv dicatu, mulalah mereka merancang aktiviti lain, paling disukai adalah mewarna. Mereka akan guna apa saja sumber kertas , buku yang ada untuk melukis dan mewarna. Seringkali saya memarahi kalau kertas, pensil warna, bersepah serata tempat. Masing-masing buat muka tak bersalah.

Kreatif

Selepas habis membebel, pasti saya menung sendiri. `Macamlah masa aku budak dulu, tak menyepah macam tu..? Agaknya apalah yang dibebel oleh mak dan opah sepanjang kami belum pandai hidup berdikari’.. Akhirnya, saya juga mengalah, membiarkan terus mereka berkreativiti merangsang minda masing-masing.

Satu petang, saya tengok mereka melukis. Saya tanya, `Apa yang Dik Tyah dan Alyaa lukis tu?’ . Masing-masing teruja menunjukkan saya lukisan yang dihasilkan. Lucu betul saya tengok… Sebagai menghargai kreativiti mereka, saya ambil gambar lukisan-lukisan tersebut dengan kamera handphone. Bukan main suka masing-masing!

Inilah lukisan pertama Alyaa’ dan Atiyyah untuk tatapan semua. Biarpun tak cantik mana dan entah apa butirannya, pada saya, ini satu cara menghargai anak-anak dan menggembirakan mereka.

Lukisan Alyaa

Lukisan Atiyyah

Buat Dik Tyah dan Alyaa, tahniah atas lukisan yang begitu mencuit hati. Ingatlah, mara, bebel dan rajuk Ummi tu akan kalian faham satu hari nanti. Ummi sayang anak-anak Ummi semuanya. Semoga kalian menjadi muslimah solehah, mata rantai penyambung usaha dakwah Rasulullah SAW dunia dan akhirat.

3 Comments (+add yours?)

  1. yana
    Dec 20, 2009 @ 14:59:36

    hihi..pandai alya n dik tyah lukis…ade bakat!
    lukisn alya- i ske sipot tu…(i pon xpenah g lukis sipot mcm tu..kekekeke)
    lukisan dik tyah- i ske bulu mate..(terlebih maskara…keh3)

    Reply

  2. yana
    Dec 22, 2009 @ 09:24:31

    yup,ehehehehe…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: