Assalamualaikum wbt…
Khamis lepas, seperti yang telah saya war-warkan, adalah tarikh keputusan PMR 2009 diumumkan. Sewaktu saya tiba di sekolah kira-kira jam 9.30 pagi (berjalan turun bukit dari Taska..huhu..penatnya), sudah ada guru-guru kelas Tingkatan 3 yang sedang sibuk membuat analisis keputusan yang baru 10 minit dibawa pulang oleh Tuan Pengetua Kanan.
Sedutan yang sempat dirakamkan setelah siap analisis keputusan.
Membanggakan Tapi…
Ibu bapa dan pelajar telah ramai berlegar-legar perkarangan Dewan Besar dan beransur-ansur masuk ke dalam memenuhi ruang duduk. Setelah majlis dimulakan, Tuan Pengetua Kanan mengumumkan bahawa…
41 orang calon telah memperoleh 9A dan membawa peningkatan sebanyak 3% berbanding 2008. Walaubagaimanapun, kedapatan 3 orang calon yang mendapat `Gagal’ dalam matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi. SMKASAS tetap tangga teratas di kalangan 3 SMKA di Perak manakala tempat ke-8 antara keputusan terbaik Negeri Perak selepas SBP.
Suasana syukur, terharu dan gembira dapat disaksikan sepanjang proses mengambil slip keputusan dari guru masing-masing. Pelajar 9A sebahagiannya telah mengambil slip keputusan dari Tuan Pengetua Kanan di atas pentas utama. Terpancar raut kebanggaan pada wajah ibu bapa yang menyaksikan kejayaan cemerlang anak masing-masing. Saya mula membayangkan.. bagaimanalah agaknya reaksi saya jika anak-anak saya pula berjaya seperti itu…? Seronoknya…
Terkilan
Apapun, saya agak terkilan juga sebab matapelajaran KHB, tidak memperoleh 100% A. 2 pelajar mendapat B…Sangat tidak seronok! Tapi apalah daya saya nak mengubah apa yang telah tersurat… Kedua, saya perhatikan, ada pelajar yang masih kurang adab tatkala menerima slip keputusan dari guru. Apalah salahnya, ucapkan `Terima Kasih’ sungguhpun cikgu itu tidak mengajar anda atau mengenali anda. Adapun, tidak ramai… Apalah salahnya juga, sebelum anda duduk bertemu guru, ucapakan `salam’ atau bertanya khabar..Inilah `penyakit’ yang saya sendiri pun tidak pasti mana puncanya. Sebaliknya, guru yang memberi salam dan tak putus-putus mengucap `tahniah’ pada anda!
Saya tidak nafikan, masih kedapatan yang sangat berterima kasih kepada guru-guru yang telah banyak bersusah memastikan kejayaan ini, tapi tak ramai…Itupun pelajar yang memang kami maklum, baik akhlak dan cemerlang dalam pelajaran. Entahlah, mungkin fikiran masih belum matang…atau masih malu-malu nak berpeluk, salam dengan guru-guru… Hanya Dia Yang Tahu!
Tahniah
Sebagai guru, saya dan rakan-rakan yang lain, sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak didik yang menjadi harapan negara pada masa akan datang. Kalau ingin berjaya dan cemerlang, pastikan akhlak dan sakhsiyyah anda juga cemerlang. Kalau anda kurang percaya, perhatikan sahaja rakan yang berjaya…Sejarah telah membuktikan!
Sejuta tahniah buat yang berjaya dan berjuta tahniah buat yang berjaya membanggakan kami dengan kecemerlangan akademik dan akhlak yang baik terhadap guru. Andalah anak didik yang sebenar-benar!
Dec 26, 2009 @ 15:00:23
Sedih gak dgn anak2 didik kita…cepat lupa diri…susah nak cari yg betul2 hormat pd guru.
Jan 06, 2010 @ 05:45:58
Assalamualaikum……
sye ex-student 2008….1st skli sye nak moh0n ampn n maaf dr hjung rambut hingga hjung kaki jika ad terasa hati tika mndidik kmi mnjdi insan yg berguna…..dan ucpn tahniah buat skolh ats kecemerlangn yg diper0leh….sem0ga Allah mmberi kberkatn ats ape yg kita rancngkan…..InsyaAllah….
Jan 08, 2010 @ 02:08:21
InsyaAllah..sama2 kita doakan…
Jan 06, 2010 @ 10:41:11
cgrate hidupkan solat jamaah di SMKA . Hakaza yajib an nakun!!
Jan 08, 2010 @ 02:10:05
shukran..semoga ianya tetap berterusan…
Feb 09, 2010 @ 10:25:15
assalamualaikum, smoga ckgu chat slalu, rasanye ckgu x ingat saya dah kot, tapi trima kasih kpd ckgu krna mendidik saya sjak dr form 1. tringat lagi knangan blaja ngan ckgu dlu..sy slalu gak msuk blog ni..ngan ustabid…ckgu slalu slalu la tlis artikel tntg smka..rndu kt sana
Feb 15, 2010 @ 13:14:28
wa’alaikumussalam..cikgu masih ingat lg pd anda…jarang cikgu lupa nama anak murid yg pernah cikgu mengajar. masih aktif bernasyid lg ke? cikgu dah tengok blog anda. tahniah dan semoga usaha murni anda mendapat barakah dariNya, inshaAllah… 🙂
Feb 14, 2010 @ 01:07:17
smkasas sentiasa terbik..
dengan izin Allah..
terutama result pmr 2010..
semua 9A…
dgn berkat semua warga smkasas…