Eiii…kotornya!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Shopping

Saya dan suami memang jarang dapat membawa anak-anak keluar bersama untuk membeli belah. Selalunya, lebih banyak habis tenaga melayan karenah anak-anak daripada penat membeli barang. Tetapi hari ini, saya dan suami cuba juga meluang masa keluar bersama lagi, di samping mencari keperluan kami yang kurang pilihan di kedai setempat. Kami bertolak selepas solat Jumaat, menuju ke Manjung…

Kelaparan

Saya tak masak tengahari, kononnya hendak makan di luar. Sepanjang perjalanan ke destinasi, anak-anak merungut lapar. Suami kata, kami berhenti makan dulu, baru shopping. Kami ke Billion untuk makan di fast food restaurant, Marry Brown. Sampai situ, entah bila restoran tu dah jadi

Kedai Elektrik Sen Heng! Hehehe…lucu pula saya. Biasalah…orang jarang keluar shopping, banyak benda baru yang kami tak sedar berubah.. Pusing punya pusing, kami singgah kedai Melayu, nama pun nama pantai timur. Sebelum ni, pernah saya dan mak makan di situ, ok juga. Lagipun, hari ni Cuti Tahun Baru, tak banyak pilihan kedai makan…

Terkejut

Kami sampai sahaja, dah mula rintik. Perkara pertama saya nampak, lantai penuh sampah! Tak cukup dengan kertas tisu, sisa makanan pun banyak. Senang betul mereka buat `crumbling’. Saya tengok, pelayan semuanya perempuan muda, cantik berbaju kurung seragam, lengkap bertudung. saya merungut pada suami, `Kotornya!’. ..Anak-anak jelas seronok, sebab dah lapar. Lagipun, anak ketiga sudah 3,4 kali ketinggalan tidak dapat keluar bersama kami sebelum ini. Melihatkan telatah riang dan terujanya dia dapat makan di luar, mematikan hasrat saya mencari tempat makan lain. Saya cuba mengelak untuk tidak terus memandang ke lantai. Tapi…mata ni seolah-olah di luar kawalan. Tekak saya dah mula kembang. Tapi terpaksalah juga memandangkan cuaca ketika itu pun seperti tidak `menyokong’ kami untuk beredar.

Di luar, sudah mula hujan. Layanan kurang memuaskan. Pelayan ramai, tapi layanan sambil lewa. Bayangkan, seorang pelayan menghantar nasi ayam. Piring berisi ayam, timun, kicap dan salad potong dihidang depan kami. Tiba-tiba sekeping timun jatuh dari piring tersebut ke atas meja. `Alamak, jatuh pulak!’ katanya. Saya ingat dia beredar untuk ambil kain lap, rupanya telahan saya meleset! Dalam hati, `Emmph.., patut la kotor, atas meja pun malas nak lap, apatah lagi yang di lantai!’. Huh, kami terus makan untuk mengejar masa. Lagipun objektif perjalanan belum tercapai (shopping). Kami memang sudah lapar…

Kedengaran juga perbualan pelayan dengan pelanggan yang meminta pesanan di meja sebelah. Pekat dengan telo dialek pantai timur. Pekat dan tegar! Lagi memberatkan telinga saya. Sebelum ini saya tak pula rasa jengkel sebegini bahkan ramai kawan saya terdiri dari orang Pantai Timur. Tapi, mungkin rasa tidak selesa bermula dari insiden yang pertama. Sisa makanan yang memenuhi lantai!

Keimanan

Kasihan saya tengok mereka ini (pengusaha dan kakitangan restoran). Sebelum ini saya hanya berfikiran positif dengan kaum wanita belah Pantai Timur yang memang terkenal kuat berusaha dalam berniaga, hebat dalam beragama, juga dalam berhias diri dengan emas. Rupanya, hari ini saya ketemu yang sebaliknya. Saya sebagai wanita muslimah terasa malu juga bila saya terlihat ada keluarga Cina juga turut menjamu selera di meja belakang kami. Adakah mereka melihat dan berfikir sama seperti saya?

Saya menulis bukanlah untuk menghina sesiapa pun. Cuma hati sangat terkilan kerana melihat sesuatu yang tidak sepatutnya. Bukankah kebersihan itu separuh dari iman? Bohonglah kalau saya katakan yang saya akan pergi lagi untuk makan di situ. Saya pun tidaklah mahu menulis buku pula di sini. Cukuplah sekadar berkongsi rasa dengan komuniti siber sekalian.

Buat anda yang mahu atau telahpun mengusaha kedai makan sendiri, pastikan kebersihan di tahap terbaik. Tonjolkan kehebatan Islam pada setiap aspek. Bermula dari premis, dapur, kakitangan yang beriman serta menu yang baik, bersih dan halal. Pendek cerita, biarlah menjadikan agama sebagai pakaian. Sehingga hari ini, belum pernah lagi saya sampai kekedai makan seideal itu!

Bila difikirkan sekali lagi, alangkah baiknya berada di rumah sendiri! Tak perlu runsing memikir di mana hendak mengisi perut, meleteri diri tentang kelemahan orang lain,dan tidak mendapat kepuasan yang sepatutnya.

Syukur

Buat suami yang dikasihi, terima kasih kerana sentiasa mengharap air tangan isterimu ini. Sesungguhnya tidak terkata dan kepuasan yang teramat bila masakan air tangan sendiri dinikmati penuh selera oleh abang dan anak-anak kita. Semoga setiap penat dan kesungguhan kita para isteri, dalam melayan makan minum keluarga, mendapat perhatian dan balasan dariNya. Mudah-mudahan menjadi top-up pada timbangan amal di dunia. Bersyukurlah kita semua kerana menjadi isteri seorang suami dan ibu kepada khalifah-khalifah bumi. Allahuakbar!!

Wallahua’lam…

2 Comments (+add yours?)

  1. cPoL
    Jan 02, 2010 @ 05:00:10

    huu… jauhnya shopping🙂 Kalo kami tak sangguplah nak shopping sampai ke Manjung tu hehe..

    Reply

    • cikguadilah
      Jan 04, 2010 @ 02:21:03

      ada sebab kenapa shopping ke sana..1. transit baby kat moyang dia. 2. kami tak pandai jln kat ipoh. 3. manjung krg traffic jam.. 4. giant manjung je on the ground, tak bertingkat2… mudah! .. nanti kalo anak2 cepul dah ramai, faham la sibuk dan penatnya membawa deme shopping. hehe…

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: