Solat Berjemaah : Istimewa Sangatkah?

“Ish..,mengah juga kalau macam ni. Cikgu dengan budak, sama-sama terkejar-kejar masa.”

“Eh, sempat ke kita ni? Maleh nak pegi kalau tak sempat ikut imam..”

“Kita sama-sama tengok, ke mana perginya nanti. Makin cemerlang ke atau macam mana..”

Itu antara respon yang saya terdengar dari rakan-rakan guru setelah 3,4 hari SMKASAS mewajibkan Solat Zohor berjemaah kepada semua staf bermula sesi 2010. Pada saya, itu reaksi biasa. Ye lah, apapun dasar atau undang-undang baru, setiap satunya pasti dikritik atau disokong.

Pertamanya, saya mengucapkan TAHNIAH kepada semua warga SMKASAS yang telah berjaya ikut solat berjemaah bersama-sama sepanjang minggu pertama sesi 2010. ANDA MEMANG HEBAT! Anda tahu kenapa?

Kelebihan Solat Berjemaah

Pertama : Bergandanya kelebihan solat berjemaah berbanding solat bersendirian. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang berbunyi,

Daripada Abdullah bin Umar RA, daripada Rasulullah SAW, sabdanya: `Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian 27 kalli ganda.”

Kedua : Tinggal di bawah bayang Allah SWT di hari qiamat kelak. Hadis berikut menerangkan bahawa sesiapa yang bersangatan rindunya untuk ke masjid semata-mata kerana ingin melakukan solat secara berjemaah, sesungguhnya Allah akan meletakkan hambaNya itu di bawah bayangNya di Padang Mahsyar kelak pada hari yang tidak ada bayang melainkan bayangNya sahaja. Janji Allah ini telah disebutkan oleh Rasulullah SAW di dalam suatu hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang berbunyi :

“Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW, katanya: `Ada tujuh golongan manusia yang akan ditempatkan oleh Allah SWT di bawah bayangNya pada hari yang tidak ada bayang melainkan bayang Allah iaitu : Imam yang adil, pemuda yang membesar (hidup) dalam keadaan (sentiasa menjaga) ibadatnya kepada Tuhannya (iaitu Allah), lelaki yang hatinya (senantiasa) bertaut kepada masjid-masjid Allah, dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah (iaitu) keduanya bertemu dan berpisah kerana Allah, lelaki yang digoda (untuk berzina) oleh mana-mana perempuan yang memiliki kedudukan (yang tinggi dalam masyarakat) dan kecantikan (yang unik dan mengagumkan), lalu ia menjawab; ‘Sesungguhnya saya sangat takut kepada azab Allah’, lelaki yang sukabersedekah secara sembunyi-sembunyi sehinggakan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan akhir sekali ialah lelaki yang sentiasa mengingati Allah ketika bersendirian, lalu mengalirlah air mata dari kedua-dua matanya (kerana takutkan Allah).”

Ketiga : Allah Taala merasa hairan dengan solat berjemaah.

“Daripada Abu Hurairah bin Umar RA, katanya: ‘Suatu hari saya dengar Rasulullah bersabda; “Sesungguhnya Allah SWT sangat hairan dan takjub dengan solat yang didirikan secara berjemaah.”

Keempat : Keampunan bagi orang yang solat berjemaah selepas menyempurnakan wudhu’. Rasulullah SAW telah memberitakan bahawa solat berjemaah yang didirikan melalui perantaraan wudhu’ yang sempurna akan menjadi sebab yang kukuh bagi Allah SWT mengampunkan dosa hambaNya.

Kelima : Bertambah kelebihan solat berjemaah dengan bertambahnya bilangan ahli jemaah. Ini terbukti melalui hadis berikut:

“Daripada Ubay bin Ka’ab RA, daripada Rasulullah SAW sabdanya: “Sesungguhnya solat berjemaah yang dilakukan oleh dua orang lelaki lebih afdhal di sisi Allah berbanding kedua-duanya melakukannya secara bersendirian. Begitu juga solat berjemaah tiga orang lelaki lebih afdhaldi sisi Allah berbanding solat berjemaah yang dilakukan oleh dua orang lelaki sahaja. Semakin ramai bilangan jemaah maka ianya semakin disukai di sisi Allah SWT.”

Moh Kita Jemaah!

Jadi, daripada kelebihan dan keistimewaan yang telah saya nyatakan di atas, saya berharap agar diri saya, rakan-rakan guru dan anak-anak didik serta semua warga sekolah…Ayuh! Kita telah diberi peluang oleh Allah untuk mendapat segala kelebihan ini. Jadi, kita telah berjaya mencuba untuk seminggu ini. Biar agak keletihan atau tersemput sekali sekala, kita harus juga cuba mencari kekuatan dan kudrat untuk sama-sama meneruskan syariat yang mulia ini.

Mula-mula memang agak payah dan berat sebab belum biasa. Saya yakin dan percaya, inilah usaha paling utama yang kita lakukan untuk merealisasikan misi dan visi SMKASAS ke arah kegemilangan yang diimpikan.

Biar rasa terpaksa, tapi kita tetap lakukan. Biar rasa tidak ikhlas pada awalnya, tapi kita tetap ikut. Biar rasa penat dan mengah, tapi kita sanggup sujud bersama akhirnya. Nah, inilah bukti bahawa anda sememangnya HEBAT! Walau susah, walau payah, walau berat, walau terpaksa, walau mengah, walau merungut, ANDA TETAP BERANI LAKUKANNYA!

Akuilah, walau kita termalu sendiri, hakikatnya seminggu ini, kita sama-sama telah berjaya melakukannya! Syabas! Selepas ini, apakah daya anda untuk menafikan kehebatan anda ini pada masa akan datang? Jadi, moh kita teruskan solat jemaah!

4 Comments (+add yours?)

  1. faqeer
    Jan 12, 2010 @ 01:34:52

    ajar anak kita iqra’, baqarah, juz ‘amma, arab, jgn lupa

    Reply

  2. aqilah
    Jan 23, 2010 @ 04:17:16

    terima kasih cikgu….

    Reply

  3. tolibat anti
    Feb 14, 2010 @ 01:19:12

    terima kasih cikgu..
    walaupun penat..
    tapi setiap sesuatu kejadian pasti ada hikmahnya..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: