Inilah Permulaannya

Assalamualaikum semua sahabat komuniti siber sekalian. Semoga beroleh rahmat dan kasihNya sentiasa…

Sejak semalam saya rasa tidak sihat, jadi hari ini saya hanya berehat di rumah setelah mendapatkan rawatan di klinik. Sejak SMKASAS melanjutkan sesi pagi yang berakhir pada 3.20 petang sejak awal sesi persekolahan tahun ini, rutin harian saya sekeluarga banyak berubah.Minda dan spriritual saya positif berkenaan perubahan ini tetapi tidak pada fizikal dan jasad. Tubuh saya tidak mampu menerima tekanan dan perubahan ini. Tetapi syabas saya ucapkan pada sahabat yang terus bertahan, komited dan tekun dalam menjalankan tanggungjawab yang amat besar.

Luahan

Ada juga saya meluah rasa dalam laman facebook, antara lain menyebut tentang dapur yang sudah lama tidak berasap kerana keletihan untuk memasak. Rasa kasihan pada suami dan anak-anak yang selama ini mengharap air tangan saya. Lebih sedap, kena dengan selera dan jimat belanja. Tapi apakan daya, akhirnya tubuh ini rebah jua. Demam, selsema dan sakit setiap sendi.

Ada seorang sahabat lama yang merupakan seorang kaunselor di sekolah, memberi respon terhadap luahan saya di laman facebook. Katanya, dia sudah biasa kerja bermula jam 7.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari. Tambahan pula kaunselor sentiasa bersedia untuk merancang aktiviti dan pengisian untuk pelajar sepanjang tahun. Ye, memang itu yang sentiasa dilakukan oleh seorang kaunselor. Balik rumah, dia akan terus memasak untuk keluarga, suami dan seorang anaknya. Alhamdulillah, memang seorang muslimah yang hebat, di tempat kerja dan di rumahnya.

Bukan Perbandingan

Sebelum ini, saya pun melakukan rutin yang sama seperti sahabat kaunselor tadi sehinggalah anak saya berjumlah empat orang semuanya. Saya percaya, sebahagian besar ibu bekerja melaksanakan tugas di rumah dengan baik, berbekalkan masa dan ruang yang terbatas. Maksudnya, masa bersama anak-anak menjadi singkat, dan ruang untuk mengemas rumah juga menjadi skop yang kecil. Tak perlu mengemas seluruh rumah, sebaliknya hanya 2,3 ruang sahaja yang diberi lebih perhatian seperti bilik tidur dan ruang dapur.

Setiap manusia mempunyai daya ketahanan fizikal yang berbeza. Mungkin saya di kategori kumpulan yang berfizikal lemah. Mungkin itu juga telahan sahabat kaunselor tadi terhadap saya. Tidak mengapalah, lagipun saya faham pemikiran dan tugas kaunselor sekolah :)… Saya hanya bersangka baik pada sahabat tadi. Tidak ada yang negatif! Saya tidak berhak mengkritik peribadinya.

Tugas Ibu Bekerja

Menjadi guru memang telah menjadi impian saya sejak kecil. Mungkin faktor keluarga yang ramai menjadi guru membakar semangat itu. Di sekolah, jadual saya tidaklah padat. Tugas di luar kelas juga tidaklah memeningkan kepala. Mudah, tapi banyak aspek yang mesti dijaga. Bermula dari anak didik, disiplin, persekitaran kelas, pengurusan bengkel sehinggalah ke tugas perkeranian. Sejak menyertai komuniti siber, masa saya lebih banyak di depan komputer. Selain membereskan tugas seorang guru, saya membuat research berkenaan subjek yang diajar. Sudah kurang bersosial dan beramah mesra dengan guru lain. Selain itu, dapat memelihara diri dari `dosa kering’. Biasalah..orang perempuan.

Balik dari sekolah, saya terus ke rumah. Jarang singgah ke kedai kecuali perlu. Setibanya di rumah, saya akan pindah masuk anak dan beg mereka ke dalam rumah, terus mendobi, susukan baby, kemas dapur, pantau anak solat, Quran dan hadis, lipat baju, solat, urus makan pakai suami dan anak, pantau homework anak..ish, banyaknya! Kalau bab kemas dapur, basuh pinggan mangkuk, periuk belanga, sinki, lap meja makan, sapu lantai, buang sampah, cuci ikan, ayam, sayur..memasak dan kemas semula! Ish, memang tak tertulis di sini. Hanya kaum ibu yang mengetahuinya.

Kadang-kadang saya sendiri hairan, dari mana datangnya tenaga `super’ begitu. Melakukan kerja rumahtangga yang remeh dan menyusahkan, dengan rengek tangis si kecil yang mahu bermanja, si kakak yang ingin perhatian tugasan sekolahnya, dan suami yang juga imam di dalam qaryah, diurus makan pakainya. Saya pernah berkata pada suami, “Atas dunia ni, ada satu makhluk yang Allah jadikan begitu hebat! Tau apa dia? Hmm…itulah seorang ibu. Dia bekerja membantu suami dan pulangnya mengurus rumahtangga.”

Faham dan Redha

Saya berpendapat, semua ibu bekerja perlu faham di mana keutamaan yang harus diberi. Pada saya, keluarga lebih utama dari profesion. Bila sudah jatuh sakit begini, saya rasa begitu bersalah terhadap suami dan anak-anak. Keutamaan seorang isteri adalah rumah suaminya. Bekerja hanyalah dengan niat membantu suami dan mengukuhkan kewangan keluarga, kerana mencari kesempurnaan itu memang perlu. Apapun, saya bersyukur kerana dijodohkan dengan suami yang memahami, sangat mengambil berat tentang syariat, dan pengasih terhadap anak-anak. Sanggup berkongsi susah senang, menerima saya seadanya.

Saya sentiasa berusaha menjadi ibu dan isteri yang baik buat mereka yang saya kasih. Juga sebagai anak yang mengenang jasa orang tua. Suami tidak perlu menjadi seideal Rasulullah SAW, dan saya pun tidaklah setanding Siti Khadijah dan Aisyah RA. Memadailah kita menjadi pasangan yang beriman, pendidik anak-anak ke arah manusia yang berguna, demi mencari redha dan rahmatNya.

Semoga sakit yang saya tanggung ini, menjadi kaffarah kepada kesalahan dan kelalaian lalu.. Allah tidak akan memberikan beban yang tidak tertanggung oleh hambaNya melainkan ia mampu menghadapinya. Itu saya sangat yakin dan percaya..Inilah ujian permulaan buat diri saya tahun ini, semoga Allah beri kekuatan dan kesabaran menghadapinya.

Lagipun, hidup pasti diuji!

1 Comment (+add yours?)

  1. aqilah
    Jan 23, 2010 @ 04:26:55

    kami para pljr cikgu mnk mintak maap jika kami tlh m’buat cikgu letih dan jtuh sakit…. spnjng 2 taun cikgu mngjr kami….trima kasih cikgu….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: