Pemeriksaan Kesihatan Percuma!

Ramai bekas pelajar SMKASAS rupanya sangat sayang dan sentiasa ingin tahu tentang perkembangan terkini sekolah ini. Ramai juga yang rajin bertamu ke blog saya yang serba kekurangan ini dengan harapan, dapat mengikuti perubahan semasa yang berlaku di SMKASAS. Oleh itu, kali ini saya ingin menulis untuk mereka…🙂

Program MOH SIHAT

Buat julung kalinya, Kelab Kebajikan dan Kakitangan SMKASAS berjaya menganjurkan program Pemeriksaan Kesihatan secara percuma kepada semua guru dan staf sokongan. Program ini dijalankan serentak dengan Temasya Olahraga Tahunan SMKASAS Kali Ke-20 pada Sabtu, bersamaan 20 Februari 2010. Saya juga secara tidak langsung terlibat aktif dalam merancang dan melaksana agar program ini dapat dijayakan sepenuhnya.

Hemm..sebut tentang sukan, tentu anda (ex-students) rasa teruja untuk mengetahui rumah mana Juara Keseluruhan 2010, kan? Tapi dengan syarat, kena baca seluruh entry. Hehehe..🙂

Lucu juga bila saya perhatikan gelagat rakan-rakan guru dan staf yang pelbagai. Cemas, gementar, relaks, gemuruh, suka hati dan macam-macam🙂 sebelum dan semasa menunggu giliran mereka diperiksa oleh pegawai kesihatan yang bertugas. Yang tak pernah tekanan darah naik pun, tiba-tiba masa nilah jadi tinggi! Hehehe…

Kelihatan En Ahmad Zakuan (Penolong PPD HEM) juga tidak

melepaskan peluang untuk memeriksa tekanan darah beliau. Senyum je…ok le tu.🙂

Tuan Pengetua Kanan, Ust Arip, nampak begitu confident dan relaks

semasa membuat ujian pemeriksaan tahap gula dalam darah.

Ada juga yang ngeri bila kena cucuk jari. Tapi bila terkena atau terluka, tak pulak fobia semacam

…agaknya yang ni sebab dah dirancang awal nak kena cucuk…:)

Sempat senyum lagi. Tu reaksi sebelum pemeriksaan, tengah tunggu giliran.

Tapi, ustazah kita ni memang hebat. Sikit pun tak takut. Tak macam….hehehe…

Hehhe…suka hati je. Ni memang disuruh posing, langkah untuk mengurangkan debaran yang bersarang di dada.

Gaya seorang Pengerusi Kelab 3K SMKASAS yang sentiasa menjaga penampilan dan kesihatan tentunya.

Tahniah Ustaz Yazid, program ini berjaya juga dilaksanakan walau dalam kekalutan dan masa yang terhad.

Pentingnya Kesihatan Tubuh

Secara keseluruhannya, daripada rumusan yang dibuat oleh En Azuwan, pegawai kesihatan bertugas, tahap kesihatan kebanyakan guru dan staf sokongan adalah baik. Pesan beliau, mereka yang berisiko segeralah mendapatkan rawatan susulan di klinik berhampiran. Beliau juga menyatakan hasrat untuk kembali ke SMKASAS sekiranya program ini diadakan pada masa akan datang.

Di sini saya menyeru diri saya dan rakan-rakan guru serta staf SMKASAS supaya kita sama-sama menjaga pemakanan dan melakukan riadah yang sesuai untuk menjaga kesihatan tubuh. Ini penting sebab dengan tubuh yang sihat, kita dapat melakukan tugas harian dengan lancar dan teratur. Lebih-lebih ketika melaksanakan tugas kita sebagai hambaNya. Benar seperti pepatah Arab menyebut yang bermaksud, `Akal yang cerdik berada di dalam tubuh yang sihat’. (Mohon diperbetul andai tersalah terjemahan).

Kuning Juara!!

Nampaknya, keterujaan anda terjawab sudah. Tapi kemenangan kali ini terasa kelainannya. Saya selaku guru Penasihat rumah Kuning sejak 2005, rasa sungguh bertuah sebab tahun ini memang Kuning betul-betul Juara! Masakan tidak, selain memperoleh kutipan markah tertinggi, Kuning juga Johan dalam acara Perbarisan, Johan Khemah Tercantik, Olahragawati Keseluruhan, Johan Acara Pegawai Keseluruhan (cikgunya pun hebat..,mashaAllah!), dan Johan Keseluruhan Temasya Olahraga Tahunan Ke-20. Tahniah buat semua yang telah bersusah payah memastikan kemenangan ini kekal selama 3 tahun berturut-turut.

Jadi begitulah meriahnya peristiwa yang berlaku pada hari ini. Buat anda yang tertunggu-tunggu perkembangan dan cerita dari SMKASAS, harapan saya, rindu anda terubat dengannya.

3 Comments (+add yours?)

  1. hasnimah
    Feb 21, 2010 @ 11:45:49

    salam.. utk cikgu2 smkasas…jagalah kesihatan sementara masih sihat…HIDUP RUMAH KUNING….Takbir!

    Reply

  2. Hasnul
    Feb 21, 2010 @ 14:50:11

    salam buat cikgu adilah dan guru2 SMKASAS sekelian …
    terima kasih atas keperihatinan cikgu terhdp bekas2 pelajar yg inginkan perkembangan terkini sekolah ..

    mmg kami sgt sygkan sekolah walaupun kami form5 2009 mmg terbukti byk menyusahkan sekolah tauhn lepas . namun ketahuilah cikgu2 semua, kami sgt sygkan sekolah dan perbualan kami di facebook slalu juga terarah pd sekolah seperti bila nk lawat sekolah , ada aktiviti apa di sekolah dan mcm lg.

    terima kasih pd semua guru dan tahniah buat rumah kuning , juara 3 tahun berturut-turut .

    akhir kata ,
    maju jaya SMKASAS

    p/s : menunggu7 keputusan bbrapa minggu je lg, doakan kami

    Reply

  3. Khairulanuwar
    Feb 22, 2010 @ 05:11:42

    Haha..tahniah la ckgu umah kning menang..ingat nk skul ritu.. Tp kna g program plak..huhu..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

February 2010
M T W T F S S
« Jan   Mar »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
%d bloggers like this: