A Moment To Remember

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMKASAS datang lagi!

  • 3 April 2010 (Sabtu)
  • Dewan Besar As Syafie, SMKASAS Seri Iskandar
  • 8.00 – 11.30 pagi

Setelah 6 tahun menjadi Pengacara Majlis (2 tahun terpaksa diganti dengan guru lain sebab tengah sarat mengandung)🙂 , kali ini saya tampil dengan sesuatu yang berbeza. Saya mengetuai bahagian `Hiasan Pentas’. Saya sudah lama berminat dengan aktiviti yang memerlukan kreativiti serta ketekunan. Akhirnya, `bersara’ juga saya dari tugas rutin, menjadi MC. Takbirr!!

Sejak malam tadi, saya telah mula membuat lakaran awal tatarias pentas untuk hari besar tersebut. Alhamdulillah, idea asal saya diterima ahli yang lain dan telah ditambahbaik oleh mereka. Terima kasih dan saya berharap, hasil kesepaduan idea kita akan menjadi kenyataan. Yang tak berapa bestnya, bajet yang dipohon belum lagi nampak hasilnya…😦

Sebagai makluman awal, saya sukacitanya ingin mewar-warkan kepada semua bekas pelajar SMKASAS di luar sana, anda dijemput untuk memeriahkan lagi hari yang gemilang ini. Suka juga saya mengingatkan agar anda menjaga etika berpakaian dan adab sopan sebagaimana yang telah digariskan. (Ciri-ciri sebagai Pengacara Majlis tetap ada pada gaya bahasa dan suka menghebah berita… Apa nak buat, dah terbiasa..🙂 )

Tahniah kepada mereka yang bakal diraikan dalam majlis yang gilang gemilang, tanda sekolah sangat menghargai anda setelah membawa SMKASAS ke arah kluster kecemerlangan!

Jumpa anda di sana ye!

6 Comments (+add yours?)

  1. hasnimah
    Mar 29, 2010 @ 14:31:08

    semoga tugas baru ni memberikan hasil yg menggemparkan…hrp dpt kita melaksanakan tugas ni dengan lancar tanpa sebarang masalah….apa yg penting… KERJASAMA!!!!

    Reply

  2. khairulanuwar
    Apr 03, 2010 @ 06:26:11

    salam..bestnye..bla sambut hari guru cikgu?

    Reply

  3. ibunoor
    Apr 06, 2010 @ 05:34:40

    Salam zirah…minta izin utk saya letakkan blog cikgu ke dlm blog saya ya…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

March 2010
M T W T F S S
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: