Semuanya O.K!

Berlalu juga hari tersebut dan nyata, ia memang menjadi `A Moment To Remember’. Hasil idea, penambahbaik, kebersamaan, kerjasama serta ketekunan kami bersama (cikgu rahayu, cikgu hasnimah, cikgu hamizan, cikgu masitah dan cikgu rosma). Yang jelas kedengaran adalah…pujian semuanya. Alhamdulillah, hasil kesepaduan idea dan usaha kami bersama benar-benar telah memberi impak yang agak luar dari kebiasaan.

Tahun ini, saya hanya mahu penambahan 1 elemen sahaja. Tahun-tahun sebelum ini, Hari Anugerah pasti dibanjiri kuntuman bunga- bunga indah yang digubah sendiri. Kali ini saya cuba menghasilkan paduan antara fabrik, kayu dan bunga-bungaan yang diberi sentuhan kontemporari sebagai konsep baru yang sangat menarik. Di sini, saya akan memuatkan cara dan langkah untuk menghasilkan `Blok Kayu & Flora’ yang mudah anda lihat di butik-butik perkahwinan sebenarnya…

1. Alatan yang diperlukan (kayu inci, span bunga, dawai pagar kebun, paku, stapler gun)

2. Susunkan kepingan fabrik satin. Susun dan lekatkan bermula dari penjuru blok kayu yang telah dibentuk.

3. Rupa bentuk setelah fabrik siap dilekatkan.

4. Potong dawai mengikut saiz blok kecil di tengah bingkai. Lekatkan menggunakan dawai.

5. Susun dan lekatkan span bunga. Susun dan atur gubahan bunga mengikut kreativiti sehingga memenuhi bingkai tengah blok tersebut.

6. Inilah hasil akhirnya…🙂

Ini pula blok yang lebih kecil untuk dinding sisi pentas.

Penambahan hiasan sisi pentas, gabungan fabrik dan fauna

Hiasan lelangit di foyer dewan yang julung-julung kali saya berani-beranikan juga untuk direalisasikan sebagai titik tumpu pertama tetamu yang datang. (sblm ni tak pernah ada hiasan di bahagian ini)

Inilah hasil tatarias gabungan cikgu ert, cikgu seni dan cikgu fizik! (Bahagian pentas utama)

Sentuhan bahagian tepi pentas utama.

Saya juga mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli `MY TEAM’ – AJK Pentas  2010. Segala kerjasama, komen, idea serta perkongsian rasa dengan kalian, telah kita sama-sama abadikan pada hasil yang dipersembahkan pada hari yang indah itu.Terasa juga ujian pada peringkat awal, begitu banyak protokol dan minor diskriminasi dalam usaha mendapatkan sumber kewangan bagi projek ini. Tapi, ujian itu memang sesuatu yang biasa kerana .:Hidup Pasti Diuji:.

Hidup terasa begitu bermakna bila apa yang kita lakukan memberi nilai positif dan menggembirakan orang lain.

8 Comments (+add yours?)

  1. ibunoor
    Apr 07, 2010 @ 05:00:38

    Cantiknya cikgu adilah…berbakat boleh buat pelamin…

    Bekerjasama mcm ni dapat mengeratkan lagi ukhuwwah…tertonjol bakat2 terpendam

    Reply

    • cikguadilah
      Apr 08, 2010 @ 00:51:48

      wedding planner dah lama ada idea ni. tp kita ni cikgu skolah je..kemahiran tu dah ada, bertukang dsbnya. bila bergabung idea dgn org seni dan fizik, lebih seronok dan bnyk aspek yg di luar jangkauan dpt dicapai. sama2 la kita manfaatkan utk mencantikkan rumah kita agar tercapai `baiti jannati’…

      Reply

  2. ummi munirah
    Apr 09, 2010 @ 03:11:56

    fuyoooooooooooooo…..giler lah..

    senang je nih….tp sempat ke nak buat dgn keje yg sedia ade mase kenduri nanti??

    hehehe……

    Reply

  3. khairulanuwar
    Apr 09, 2010 @ 09:03:54

    salam…hbatnye…bleh panggil datang buat pelamin saya kawin plak nanti..heehehe

    Reply

  4. asyila
    May 16, 2010 @ 00:49:34

    salam cikgu!
    lawanyaaaa… meriah sgt~
    zaman skolah dl tkde pon cmni😦

    ni yg nak kena lawat skolah ni.hehe

    Reply

    • cikguadilah
      May 20, 2010 @ 02:30:16

      wslm..hmm, dulu lain, skrg lain. cikgu mmg seronok dan bersungguh utk raikan kejayaan anak muridnya..biar terbayar segala jerih perih pelajar dlm mengejar kejayaan. yg cikgu2 harapkan, doa yg berpanjangan dari anak2 didik. semoga ilmu yg kami curahkan menjadi pahala yg berterusan…amin! dtglah bila2 ada kelapangan…

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

April 2010
M T W T F S S
« Mar   May »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: