Karnival Hari Guru 2010

Hari Guru 2010

Saban tahun, pelajar sibuk membuat perancangan untuk meraikan guru mereka. Tapi, lain pula respon dan reaksi dari pihak guru. Setelah saya menjadi guru, 2,3 tahun terawal, agak teruja bila pelajar menghadiahkan bermacam benda sebagai tanda kasih sayang mereka. Tetapi, setelah berakhir Hari Guru, tiada lagi perasaan `berbunga-bunga’ tadi…

Pada saya, ucapan `terima kasih’, ucapan salam sepanjang pelajar bersama guru adalah lebih bermakna. Disulam pula dengan akhlak, pekerti mulia, hormatkan guru, menyemarakkan lagi rasa sayang dan lega terhadap pelajar-pelajar ini. Bukan kena tunggu tiba Hari Guru, baru nak menzahirkan segala rasa yang ada. Terus terang saya nyatakan, persembahan yang didedikasikan khas buat guru di atas pentas itu hanya sia-sia dan buang masa! Pentomen, lagu-lagu jiwa, dan segala yang berunsur hiburan itu bukanlah cara terbaik untuk menghargai guru anda!

Jadi, untuk men`dewasakan’ cara pelajar merancang dan mengurus majlis untuk menghargai guru pada Hari Guru, perlu ada `guru’ yang membantu mereka belajar bagaimana cara yang sepatutnya yang dapat menambat hati pendidik sebagai kenangan yang tidak mudah dilupakan. Oleh itu, Kelab Kebajikan Kakitangan (3K) SMKASAS menyahut cabaran ini untuk memberi bimbingan dan latihan kepada pelajar menganjur program sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Saya telah berusaha mendraf kertas kerja bagi tujuan ini dengan bantuan beberapa rakan guru yang berpengalaman, sebagai permohonan pihak pengurusan untuk kelulusan awal. Kami sepakat namakan program ini sebagai `Karnival Sambutan Hari Guru 2010′. Dalam perancangan, tarikh pelaksanaan adalah pada 17 Mei 2010. Namanya biasa sahaja tetapi pengisiannya jauh berbeza dari kebiasaan sebelum ini.

Setelah penganugerahan `Sekolah Kluster Kecemerlangan’ , tidak dinafikan guru dan pelajar sama-sama agak tertekan dengan pelbagai tuntutan pengajaran dan pembelajaran. Apapun, segalanya kita masih bersama cuba dan berusaha mana yang terdaya dengan cara yang terbaik. Jadi, program yang dirancang ini diharapkan dapat mengurangkan tekanan tersebut, mengubat hati-hati yang sedih, memberi kegembiraan serta menyuburkan kasih sayang sesama warga SMKASAS. Pengisian program adalah berbentuk pertandingan ko akademik, sukan dan memasak. Inilah masanya pelajar dapat menyaksikan bakat terpendam guru-guru mereka, kebolehan sampingan guru di luar profesionalisme sebenar.

Saya cuba menyerapkan penglibatan pelajar dari aspek merancang dan mengurus program ini. Setiap aspek penganjuran terdapat jawatankuasa dari kalangan kelab dan persatuan pelajar. Ringkasnya, guru dan pelajar bersama-sama di dalam satu unit menjadi rakan sepasukan. Diharapkan tunjukajar dari guru terlibat dapat menjadi panduan kepada pelajar untuk menimba pengalaman merancang dan mengurus program.

Oleh itu, adalah menjadi harapan dan cita saya dan rakan-rakan guru umumnya, agar program ini menjadi satu titik mula koordinasi antara guru dan murid dalam menjayakan program sekolah. Di samping itu, ia akan menjadi kenangan manis yang dapat dikenang dalam memori SMKASAS.

Paling penting, guru akan terus rasa dihargai dan dirai dengan seadanya dalam suasana yang berbeza di SMKASAS. Buat semua pelajar di luar sana, kenanglah jasa guru anda. Bukan hadiah berharga yang diharapkan, cukuplah anda menjadi insan kamil berakhlak mulia, mendukung cita-cita agama serta hamba yang taat patuh padaNya. Hormatlah guru anda walau siapa pun anda kini, tegur dan muliakanlah mereka dengan cara yang sepatutnya.

Tanpa guru, anda bukanlah sesiapa!

Jumpa lagi nanti!

15 Comments (+add yours?)

  1. ummu
    Apr 14, 2010 @ 01:51:48

    assalamualaikum cikgu

    semoga dipermudahkan urusan cikgu oleh Allah.amin

    Reply

  2. ibunoor
    Apr 17, 2010 @ 21:26:32

    Salam cikgu Adilah…

    Satu tindakan yang betul untuk guru turut sama memantau pengisian ‘Hari Guru’ supaya ianya selari dengan penghormatan yang diberi.

    Reply

  3. anuwar
    Apr 20, 2010 @ 09:43:17

    salam..apa khabar ckgu? smoga ciat slalu..nk tanye..tarikh hri gru brubah pd 17 hrblan ke?

    Reply

    • cikguadilah
      Apr 21, 2010 @ 06:55:03

      wslm..bikhayrin wal hamdulillah.. hari guru 16 mei tp hari ahad. peringkat sekolah sambut 17 mei tp nampaknya tangguh dulu kut sbb asrama digunakan utk pertandingan peringkat negeri. So, blm tau lg tarikh yg baru sbb mid year exam menyusul… so, check it out soon

      Reply

  4. perfect's
    Apr 24, 2010 @ 05:03:02

    salam..

    saya dalam perancangan untuk menjayakan satu sambutan hari guru disekolah. Oleh itu, bolehkah cikgu berikan copy ‘paperwork’ tersebut? Saya juga ingin menjadikan sambutan hari guru untuk tahun ini lain dari yang lain. Harap boleh ya..

    Reply

  5. famy2020
    Apr 29, 2010 @ 01:05:41

    Salam, cikgu. Cikgu dipelawa berkongsi ilmu di myert.net

    Reply

  6. Mohd Mustakim
    May 08, 2010 @ 04:30:13

    Salam. Syabas dan tahniah untuk SMKASAS sebagai sekolah kluster. Saya selaku guru yang baru ‘posting’ tahun ini, banyak perkara yang perlu belajar. Alhamdulillah, ditemukan salah satu blog guru KH yang amat proaktif dan dedikasi. Banyak saya belajar dari sini. Saya mendoakan usaha cikgu untuk karnival yang bakal berlangsung, meriah gembira dengan keberkatan ilahi. Amin. Harap, cikgu jua dapat beri tunjuk ajar sekiranya ada sebarang pertanyaan nanti dalam perkongsian idea, dan percambahan ilmu untuk saya meniti hidup sebagai seorang pendidik. Wassalam.

    Reply

  7. hasnul
    May 15, 2010 @ 02:38:40

    Selamat hari guru cikgu …
    smoga sihat slalul n pnjg umur serta tabah dlm mendidik pljr2 smkasas …

    salam

    Reply

  8. salluvtar
    Feb 28, 2011 @ 14:30:25

    salam cikgu adilah,
    seronok baca penulisan cikgu..semoga cikgu terus menulis dan memberi inspirasi pada guru-guru lain.saya terjumpa blog cikgu waktu mencari contoh2 kertas kerja untuk hari guru.sy guru baru n tiada pengalaman n dilantik menjadi pengarah hari guru tahun ni..jika cikgu tidak keberatan,saya ingin lihat contoh kertas kerja cikgu untuk jadi panduan saya…=)

    terima kasih cikgu!

    Reply

  9. norhananii
    Apr 20, 2011 @ 13:37:46

    salam cikgu, saya berminat utk melihat kertaskerja yang cikgu buat untuk sambutan hari guru tu, boleh x saya dapatkannya? kebetulan pula thn ini saya kena uruskan sambutan hari guru kat sekolah. terima kasih cikgu…..

    Reply

  10. norhananii
    Apr 20, 2011 @ 13:39:26

    salam cikgu, boleh x saya nak lihat kertaskerja cikgu tentang sambutan hari guru tu……

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 34,335 orang

Kalendar 2010

April 2010
M T W T F S S
« Mar   May »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: