Kongsi Rahsia : Tips untuk Anak Cerdik dan Cergas

Islam sudah lama mempunyai acuan tersendiri bagi manusia membentuk anak yang cerdik dan cergas. Tinggal lagi, umat Islam mesti melaksana dan mengamalkan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Jika terasa berat, olahlah yang mana perlu agar cara dan praktikalnya sesuai dan memudahkan anda dalam pengamalan, asalkan tidak bercanggah dari syariat.

Rahsianya…

Selain faktor genetik, kelembapan anak disebabkan gangguan syaitan sebagaimana yang sabit hadith-hadith Nabi saw. (kencingan syaitan). Antara amalan yang membuat anak2 cergas cerdik ialah :

1. Membaca doa sebelum tidur, serta membaca satu surah dari al-Quran. Cthnya al-Sajdah, alMulk atau al-Takathur
2. Solat witir 1 rakaat sblm tidur, tasbih tahmid takbir 100kali
3. Membaca doa bangun tidur
4. Solat 2 rakaat tahajjud, atau tahajjud antara maghrib isya’
5. Berwudhu’, solat sunat subuh dan solat fardu Subuh
6. Makan dan minum dengan doa
7. Keluar rumah ke sekolah dengan doa
8. Menaiki kenderaan dengan doa

Nampaknya, ini bukanlah menjadi rahsia lagi…Semoga kita sama-sama dapat beramal dengan tips yang sangat bermanfaat ini agar zuriat kita menjadi generasi Al Quran, pewaris perjuangan Rasulullah SAW yang tulen lagi asli!

Wira Yang Kemalangan…

Jumaat, 16 Oktober lepas, on the way ke sekolah, kereta saya yang dipandu suami kemalangan. Kebetulan, hari itu ada perhimpunan rasmi sekolah, saya minta suami hantar anak-anak (Alyaa dan Atiyyah) ke PASTI. Alhamdulillah semua mereka selamat. Kereta tu saya tak kisah dah… Rosak, boleh dibaiki. Tapi nyawa, bukan ada ganti… alhamdulillah!

Suami terlanggar belakang kereta orang, masa berhenti lampu merah. Dia tertekan pedal minyak, agak terkeliru sebab bergilir bawak kereta auto dan manual. Dah nak kena…Then, kami ke balai buat report untuk claim insuran. Kepada encik yang dilanggar, terima kasih segala kerjasama dan mohon berbanyak maaf atas apa yang berlaku.

Selasa lepas dah pergi tengok kereta tu kat bengkel. Dah siap cuma nak tunggu duit dari syarikat insuran. Harap lepas ni, dijauhkam dari sebarang kecelakaan…

Kahwin Lagi…!

Meja pengantin dengan rombongannya…

Table setting yang saya buat dengan alatan yang terhad.. (ni bukan hotel)

Pelamin yang simple,tapi eye catching. Saya banyak nak kritik gubahan bunganya..tak lawa!

Fresh flowers down from the hill…Reka sendiri…

Anis pegang baby, Farehah, dan Atiyyah…

*************************************************************************************

Assalamualaikum semua pembaca yang dirahmati Allah, semoga kalian berada dalam lindungan kasih sayangNya..

Semalam, penat betul…mengerah segala kudrat dan tenaga untuk persiapan majlis kenduri kahwin sepupu sebelah mak saya, Cikgu Izyani kat Taman Indera, Titi Gantung. Bertemu jodoh dengan `orang minyak’. Maksud saya, kerja bahagian cari gali minyak, rasanyalah…

Mulanya, mak ngah mintak saya masak dadih untuk rombongan mempelai dari Mersing. Tetapi di saat akhir, tak jadi sebab baby 5 bulan tu, muntah-muntah pulak hingga jadi demam pulak.. Sebab risaukan anak, saya pun tak berapa larat (sebab berjaga malam jaga anak sakit), maka tertangguhlah nak masak dadih yang digemari ramai itu…

Tapi sebagai tidak menghampakn pengantin dan keluarga, saya ganti dessert dengan resipi `Puding Raja’. Resipi ni belajar dari Cikgu Zaharah yang dah bertukar ke KL. Table setting pengantin pun, saya buat dengan bantuan mak-mak saudara. Anak-anak saya, Ijah dan Anis yang tolong jaga (thank you aa…,nanti i belanja you all).

Saya sertakan gambar-gambar sepanjang persiapan majlis tersebut. Enjoy it!

Jemputan Kenduri Aqiqah

Assalamualaikum semua…

Kepada semua warga SMKA Sultan Azlan Shah, sahabat handai, keluarga, jiran tetangga yang mengenali kami suami isteri, dijemput ke Kenduri Aqiqah puteri ke-4 kami, Ameera Hasna binti Abdullah…

Tarikh : 15hb Ogos 2009 (Sabtu)
Tempat : Kediaman Ustaz Wahab Zahari di Kg. Alor Belibih, Bota Kanan
Jamuan Makan Tengahari bermula 11 pagi hingga 3 petang

Turut mengundang :
Tn Hj Wahab Zahari b Hj Darus
Pn Hjh Ro’aini bt Hj Hamzah
Noor Faizah Wahab Zahari
Banyamin Hj Rabiee

Pertandingan Memasak

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah kerana saya masih berkesempatan untuk terus menulis setelah bercuti panjang selepas melahirkan. Hmm, baby pun dah semakin membesar dan sihat.

Ahad lepas, saya dan mak telah menyertai Pertandingan Memasak Ikan Talapia Merah anjuran FAMA sempena Karnival Komuniti Bestari. Daripada niat hanya untuk memenuhi undangan adik ipar yang beria-ia. Lagipun, apa salahnya untuk mencuba nasib, mana tahu kalau-kalau boleh menang.

Saya sibuk mencari resipi yang sesuai dan unik untuk dimasak nanti. Akhirnya, disebabkan kesuntukan masa, saya hanya ubahsuai resipi ikan yang digunakan semasa kami menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perak 2007. Masa tu, SMKASAS menang tempat ketiga.

Pagi-pagi lagi saya sudah memasak untuk suami dan anak-anak. Saya tinggalkan mereka dengan suami dan hanya bawa anak bongsu, Ameera Hasna ke tempat bertanding. Syukur, baby tak meragam langsung sepanjang pertandingan dijalankan.

Saingan 16 kumpulan bertanding memang sengit. Masing-masing memang pakar memasak. Maklumlah, semua punya pengalaman sebagai isteri dan ibu. Mak saya pun belum pernah mencuba resipi yang saya sediakan. Akhirnya, chef yang menjadi juri sepakat mengatakan resipi kami unik dan lain dari yang lain. Tak sangka, kami menang tempat kedua!

Kemeriahan berhujung minggu bersama keluarga menjadikan kemenangan kami tambah bermakna. Anak-anaklah paling gembira kerana dapat menghabiskan aktiviti hujung minggu di luar bersama ToTok, Opah dan Oyang mereka…

Apapun, tahniah buat Mak kerana percubaannya kali pertama memasak `Talapia Harum Wangi Bunga Kantan’ telah membuahkan hasil yang di luar jangkaan…

Anak-anakku Sayang…

Pagi ini, kami agak lewat bersiap untuk ke sekolah. Mungkin kerana saya tidur agak lewat kerana menyiapkan tugas-tugas di rumah selepas anak-anak tidur awal malam semalam. Pinggang juga terasa sakit-sakit, duduk melipat kain baju yang dah 3 hari terbiar dalam bakul… Itu memang biasa, tapi mungkin orang lain yang punya pembantu rumah, keadaan lebih terurus dan sistematik. Tapi pada saya, walaupun memenatkan, ia adalah satu latihan fizikal untuk tubuh.

Anak kedua saya, Atiyyah, pagi-pagi lagi sudah mengadu lapar. Malam tadi, dia tidur paling awal, langsung tak sempat nak menjamah chicken chop yang dibeli oleh suami. Sudah dua kali dia terlepas makan makanan kegemaran kakak sulungnya, Alyaa’… Selepas menghantar Alyaa’ dan Atiyyah ke PASTI, dalam perjalanan ke sekolah, baru saya teringat teringatkan rungutan Atiyyah yang kelaparan… Kasihannya dia, tak menjamah apa pun sepanjang malam dan awal pagi ini untuk alas perut sepanjang proses pembelajarannya nanti. Saya terus menelefon suami, memaklumkan untuk berkongsi rasa terkilan dan sedih kerana terlupa membelikan apa-apa untuk si anak tadi mengalas perut… Suami hanya memujuk supaya doakan anak-anak tidak apa-apa…

Itulah gambaran kasih ibu…walau perkara yang remeh pun, tetap dianggap sesuatu yang serius apabila berkait dengan anak-anaknya. Bergenang juga air mata saya…kesian, masih kecil lagi sudah bersekolah dan tak sempat pula untuk makan sebelum melakukan aktiviti yang pelbagai sepanjang pembelajarannya. Saya terkenang pula keadaan realiti sewaktu di sekolah. Bila saya mengajar dan kedapatan 2,3 pelajar yang mengantuk, bila ditanya, alasannya kerana tidak bersarapan pagi. Lalu, tidak bertenaga dan kurang fokus terhadap pengajaran guru semasa di kelas. Saya berharap, ini tidak berlaku lagi pada anak-anak, dan saya akan sentiasa pastikan mereka bukan sahaja sempurna dari segi didikan, malah cemerlang dalam pelajaran.

Buat anak-anakku, terima kasih atas kad ucapan Hari Ibu yang Kak Yong tuliskan untuk Ummi semalam… Semoga kalian menjadi anak-anak yang solehah dunia dan akhirat. Amiin!!!

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,799 orang

Kalendar 2010

March 2017
M T W T F S S
« Sep    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031