Resipi Best

Cikgu ERT

Hmm…sinonimnya, bila ert, semua orang akan terfikirkan masakan, menjahit dan kerja orang perempuan. Cikgu yang mengajar subjek ini, secara automatik dikatakan, mesti hebat memasak. Pendek kata, apa saja yang dicuba, mesti jadi punya! Betul ke?

Minat Memasak?

Tapi, tak semestinya pandai. Ada orang, minat memasak tapi dia tak ada ilmu memasak. Ada pula yang tahu memasak, tapi malas memasak. Ada yang langsung tak suka masak sebab dia tahu makan saja.. Eh, macam-macam ragam makhluk Allah bernama manusia ni ye. Pandangan saya, cikgu ERT tak semestinya pandai memasak, tapi dia tahu ilmu tentang masakan. Dan saya, cuba untuk jadi orang yang pandai masak setelah tahu ilmu masakan dan sangat gembira bila orang suka masakan saya. Segala penat dan cemas sepanjang memasak hilang dengan kepuasan mereka yang menjamah. Kekenyangan itu tanda kepuasan dan satu pujian, tak perlu dilafaz dengan kata-kata.

Resipi

Di sini, saya cuba untuk berkongsi beberapa resipi yang selalu dan pernah saya cuba dan memang dijamin sedap. Anda tak perlu persoalkan melainkan berlaku kesilapan yang tidak diingini. Saya telah mengkelaskan resipi-resipi ini supaya mudah anda membuat rujukan dan nampak lebih tersusun. Resipi pilihan saya adalah terdiri dari :

  • Ayam
  • Daging
  • Seafood
  • Desserts
  • Pasta
  • Kek & Biskut
  • Sayuran
  • Kuih Tradisional / Tempatan
  • Western

Terdapat beberapa aspekyang perlu dititikberatkan apabila kita merancang menu sebelum memasak. Antaranya :

  • Variasi / kepelbagaian – menu mestilah mempunyai pelbagai kaedah penyediaan seperti merebus, menggoreng atau membakar. Mengandungi pelbagai warna dan rasa bagi hidangan yang berbeza.
  • Kegemaran – masaklah menu kegemaran individu atau tetamu yang bertandang.
  • Perbelanjaan – rancang dengan baik supaya tidak membazir dan sesuai dengan pendapatan kita.

Saya juga akan menghadiahkan anda tips masakan bagi menu pilihan. Tips ni saya perolehi dari banyak sumber : mak, mak mertua, opah, pensyarah, kawan, majalah dan senior di tempat kerja. Sememangnya tips orang-orang lama juga yang selalu saya gunapakai.

Sekiranya anda mempunyai resipi yang memang dijamin menjadi, sedap dan bermanfaat untuk dikongsi dengan di sini, jangan malu, jangan segan, untuk mencatat dalam ruangan komen atau email pada saya.

1 Comment (+add yours?)

  1. arizan abdullah
    Mar 02, 2010 @ 12:46:42

    adakah mesti cikgu yang mngajar ERT itu perempuan? Maaf kerana bertanya..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: