Ayam

Ayam Masak Lemak Cili Api

(Bangkahulu Style)

Bahan-bahan :

  1. 1/2 ekor ayam – dipotong kecil, buang kulit dan lemak.
  2. 1 biji kelapa – diambil santannya
  3. 6 tangkai cili padi – ikut suka
  4. 2 inci halia – ditumbuk
  5. 1 biji bawang besar – ditumbuk
  6. 2 inci kunyit hidup – ditumbuk
  7. 3 batang serai – dititik atau dipotong pendek-pendek
  8. 2 biji kentang – potong wedges style
  9. Asam keping
  10. Garam

Caranya :

  1. Tumbuk cilipadi, kunyit hidup, halia dan bawang sehingga lumat.
  2. Masakkan ayam, serai dan bahan tumbuk ini sehingga ayam separuh masak.
  3. Tambahkan santan pekat, diikuti santan kemancar (cair).
  4. Masukkan kentang dan kacau hingga gulai mendidih.
  5. Tambahkan garam dan asam keping.
  6. Tunggu hingga lemak ayam keluar, kentang empuk dan gulai set.

Tips : Kalau anda tak punya masa yang banyak, bahan tumbuk tadi boleh dikisar dengan blender. Gunakan santan sebagai cecairnya.

Ada satu lagi resipi ayam lomak cili api yg selalu menjadi piihan masakan keluarga mertua saya.Ayam masak Maman! Ha, orang nogoghi memang unexpected. Tu lah hikmah bila berkahwin dengan orang jauh. Berkongsi budaya, adat dan makanan yang berbeza…

Inilah rupa sayur maman. Kalau on way ke Gemas, boleh shopping dulu sayur ni di tepi jalan kawasan kampung area Gemencis (Gemencheh) atau Rembau.

Yang ni pulak gulai lomak ayam yang dah separuh masak.

Letakkan sayur maman atas gulai ayam seperti dalam gambar. Kemudian, tutup periuk sampai sayur layu. Elakkan kacau campuran gulai untuk kurangkan rasa pahit sayur dalam masakan tadi. Dah gelegak, barulah dihidangkan…Nah! Borobut anak cucu Jannah makan hari tu…hehehhe…

Kalau ada yang minat makan ayam pencen, biasanya kat pasar kita jumpa yang dah siap dibakar tu… Ayam pencen ni, tulang je berat, isi dah takdo sangat, tapi totap sodap kalau dibuek gulai. Tapi ado la teknik totontu yang kono ikut..hehe..

  1. Rebus dulu ayam pencen ni dalam rice cooker selama 1 jam. Takat air, cukup2 tenggelam ayam tu. Tapi jenguk2 selalu masa rebus, mano la tau, nanti koring pulak airnya…
  2. Air rebusan jangan dibuang pulak. Guna balik bila nak blend santan.
  3. Satu cara lagi, rebus ayam pencen dengan air kelapa, sehingga daging ayam empuk.

Saya baru je makan ayam pencen masak lomak cili api jap tadi. On way ke Gemas lagi cuti sekolah ni. Biras saya, Kak Rasiah yang masak dan memberi tips yang sangat bermanfaat ini. Timo kasih banyak la kak ye…🙂 Moga beroleh pahala yang berterusan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: