Daging

Daging Goreng Lada Hitam

  1. Daging 1/2 kg – dipotong nipis
  2. 1 sudu besar lada hitam – tumbuk dan perap bersama daging
  3. 2 inci halia – tumbuk
  4. 2 biji bawang besar – hiris kasar
  5. 1 biji cili merah & 1 tangkai daun bawang – sebagai hiasan
  6. Kicap manis – secukupnya
  7. Minyak untuk menumis

Cara :

  • Panaskan minyak dan tumiskan halia dan sedikit lada hitam.
  • Masukkan daging yang telah diperap dengan lada hitam, gaul sebati.
  • Bila daging sudah separuh masak, masukkan kicap manis. Gaul rata dan tutup supaya daging cepat empuk.
  • Setelah daging masak, masukkan hirisan bawang besar, cili merah dan daun bawang untuk hiasan dan variasi warna.

Tips : Untuk menambahkan khasiat hidangan ini, anda boleh goreng kentang yang dipotong dadu atau wedges style sehingga garing. Apabila daging ini masak, gaulkan saja kentang dengannya. Kanak-kanak pasti suka! (Anak-anak saya la tu..)

Sup Tulang

My style

Bahan-bahannya :

  1. 1 kg tulang lembu – dibersihkan, direbus seketika
  2. 6 ulas bawang merah @ 2 biji bawang besar – dimayang
  3. 6 ulas bawang putih – dimayang
  4. 2 inci halia – potong kasar
  5. 1 bunjut sup tulang bersama penumis 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
  6. Garam secukupnya
  7. Minyak zaitun untuk menumis – semestinya HPA!

Caranya :

  • Tumiskan bawang, halia, dan sup bunjut sehingga naik bau.
  • Masukkan tulang (yang telah direbus sebentar) dan tambah air sehingga tulang tenggelam…
  • Masukkan garam secukupnya dan kacau sebentar. Kemudian tutup periuk dan perlahankan api.
  • Sup akan masak selepas 1 jam setengah.

Tips : Sup ini boleh juga anda guna untuk menumis bihun singapore. Kadang-kadang, saya akan goreng bihun menggunakan sup tulang dan jadi bihun sup pun berkuahkan sup tulang yang sama!

1 Comment (+add yours?)

  1. ismail
    Mar 02, 2011 @ 06:57:08

    soup daging cincang ada ke

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: