Desserts

Salam Idulfitri buat semua…
Hari ni nak kongsi satu resipi dengan anda semua. Sebenarnya belajar dari rakan sekerja, Ustazah Zuraini. Hmm..ni pun sebab permintaan dari seorang sahabat yang teringin nak mencuba resipi ni. Lagipun, rasa tak sedap hati sebab dah berjanji nak bagi dia sebelum Ramadhan lepas…(untuk Puan Zila).

Resipi Dadih Istimewa


Bahan-bahan : 1 peket agar-agar powder Star Brand (25gm) spt gambar kat bawah tu, air 6250ml, gula 750gm (ikut suka), susu cair 2 tin, serbuk krimer *coffee mate Nestle (450gm) 2 peket, perisa yang digemari.

*Serbuk krimer ni kalau nak lebih jimat belanja, boleh guna brand lain seperti Super/Giant/Tesco. Ada juga serbuk agar-agar yang boleh digunakan seperti KCL dan Pearl Mermaid. Tapi brand yang disyorkan tu ada logo `Halal’ JAKIM. Brand lain-lain tu memang banyak tapi komposisi kandungan bahan adalah berbeza. Tak payah banyak tanya, guna je yang saya syorkan tu…hehe.. Tak banyak kedai yang ada jual. Yang pasti, cari di Pasaraya Dindings Jaya, Ayer Tawar. Saya pun borong kat sana..

Cara membuatnya :

1. Campurkan serbuk agar-agar dengan air. Jangan buka api dulu! Kacau hingga sebati.

2. Agak2 dah ok, buka api dapur. Masukkan gula, kacau hingga larut. Boleh sesuaikan manis gula ikut kesukaan anda.

3. Masukkan susu cair dan serbuk krimer. Kacau lagi sehingga krimer larut sempurna. Tunggu hingga mendidih. Lama juga nak tunggu ni. Sabor je le…

4. Dah didih, tutupkan api. Tuang boleh tambah perisa yang anda gemari. Kalau nak lebih dari satu perisa, asingkan dalam bekas yang berbeza. Tuang dalam bekas, sejukkan pada suhu bilik (kalau tak muat peti ais) atau dalam peti sejuk untuk effect yang lebih kaw..

Perlu saya ingatkan di sini yang resipi ini akan menghasilkan porsi yang sangat besar. So, stand by le periuk versi orang kenduri..hehe.. Ok, selamat mencuba!!

Puding Raja

Bahan-bahan :

  1. 3 biji pisang berangan – dipotong bulat2 @ sesedap mata anda memandang…🙂
  2. 1 tin buah-buahan cocktail
  3. 1 tin susu pekat
  4. 1 tin susu cair
  5. peach, strawberry, dan sedikit biji selasih sebagai menambah warna dan rasa.

Cara menyediakannya :

  1. Susun potongan pisang berangan di dasar periuk. Panaskan sebentar, balik2 kan kedua belah sehingga sedikit warna perang.
  2. Tambahkan susu cair dan susu pekat. Kacau seketika sehingga sebati.
  3. Masukkan buah cocktail dengan airnya sekali. Kacau lagi.
  4. Setelah mendidih, tutupkan api. Potong strawberry dan peach mengikut citarasa anda. Tambahkan ke dalam puding tadi. Juga biji selasih..taburkan ke dalam puding, biar kembang.
  5. Salin ke dalam bekas bertutup dan sejukkan di dalam peti ais.

Memang sedap!🙂 Kalau kuah agak pekat dan agak manis pada anda, boleh tambahkan sedikit air…Nak tambah buah lain pun, ok je. Jgn letak durian dah le…hehehe… Buah yang disyorkan mestilah yg dapat menambah warna dan rasa. Barulah bertepatan dengan konsep puding sebagai pencuci mulut @ pembuka selera…cth: buah naga, tembikai, anggur hijau/ungu, betik.

Cream Caramel

Bahan-bahan :

  1. 6 biji telur
  2. 1/2 tin susu pekat
  3. 1 tin susu cair
  4. gula pasir untuk dijadikan gula hangus (caramel)
  5. sedikit esen vanila

Cara menyediakan :

  1. MAsakkan gula pasir di dalam loyang untuk dijadikan gula hangus.
  2. Sejukkan sebentar. Sementara itu, campurkan susu cair, susu pekat, telur dan esen vanila. Pukul hingga sebati. Guna blender pun boleh tapi ia akan agak berbuih.
  3. Tuangkan campuran bahan tadi ke atas gula hangus yang telah mengeras.
  4. Kukus sehingga masak. Setelah itu, sejukkan di dalam peti ais.
  5. Bila nak dihidangkan, terbalikkan puding supaya kelihatan lebih menarik. (gula hangus di bahagian atas dan berkuah).

Tips : Jika anda gunakan telur gred A, hanya gunakan 5 biji sahaja. Kalau tak ada esen vanila, guna daun pandan untuk kurangkan hanyir telur. Ok, selamat mencuba!

6 Comments (+add yours?)

  1. Kak Nisha
    Jan 11, 2010 @ 00:39:52

    Assalamualaikum cikgu,
    Salam ziarah dan ukhuwah. Nak tanya sikit nie..
    Kalau guna agar-agar halaljel boleh ke? Sebab kat rumah akak nie banyak lagi. Lagipun buat agar-agar macam biasa tu tak sama rasanya macam agar-agar yang dah biasa makan, jadi anak-anak tak berapa suka.

    Wassalam.

    Reply

    • cikguadilah
      Jan 11, 2010 @ 06:35:21

      Waalaikumussalaam.. sebelum ni, saya dah dpt resipi guna halagel powder tapi dah terhilang ke mana. Boleh juga kak, tapi sukatannya jadi berbeza sikit. Nanti saya cuba cari semula. Kalau dapat, saya akan emailkan segera ye…

      Reply

  2. Linda
    Feb 09, 2010 @ 02:49:24

    salam cikgu adila….

    hehehe…lama gak xsembang ngan akak…ni br dpt jenguk web…dah tu nk tnya gak ah…kalo pakei instant jelly leh kaa?..sama dak sukatan?

    Reply

  3. zue
    Mar 10, 2010 @ 14:41:26

    assalamualaikum…..

    tahniah…..sy jugak yg x pandai2 nak wat web. lagipun dilah pandai mengarang…..
    saya x pandai hehehehe

    oh ya…blh bg resepi puding raja x? pernah makan x pandai buat…rasa nak cuba pula tambah2 suami suka puding

    Reply

  4. zue
    Mar 12, 2010 @ 04:00:50

    mekacih cikgu…..rasa mcm yer dah. nanti i cuba.
    pernah makan kat dungun buat buka puasa sedap….
    kali kedua beli kat kg suami…x sedap mahal pula tu…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: