Sayuran
Kerabu Mangga
Bahan-bahan :
- 1 biji mangga muda – diracik atau cincang kasar
- 1 peket udang kering – basuh dan tumbuk kasar. Juga boleh digoreng tanpa minyak.
- 60gm kacang tanah – digoreng tanpa minyak. Lepas tu, buang kulit dan kisar halus.
- 2 tangkai bunga kantan – dimayang halus
- 2 batang serai – dimayang halus
- 2 biji limau nipis – diambil jusnya
- 2 biji bawang merah – dimayang halus
- 6 tangkai cili padi – dihiris halus
- Garam dan gula
Cara membuatnya :
Gaul semua bahan hingga sebati dan perasakan dengan garam dan gula. My style, sedap makan selepas disejukkan…
Tips : Selain udang kering, anda boleh juga guna kiub pati ikan bilis, ayam atau tomyam. Nak tahu apa rasanya, cubalah! Resipi ni pernah menang Tempat Ketiga Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perak 2007 di SMKA Slim River.
Sup Cendawan
Bahan-bahan :
- 1 peket cendawan putih – dibasuh dan dikoyak dua
- 1 batang seleri – dipotong serong, sederhana tebal
- 1 biji bawang besar – dihiris
- 2 ulas bawang putih – diketuk
- 1 batang serai – diketuk
- 3 cawan air – untuk rebusan
- Garam
Cara membuatnya :
- Rebus semua bahan hiris kecuali cendawan.
- Apabila mendidih, masukkan cendawan. Perasakan dengan garam. Hidangkan panas-panas…