Seafood

Sup Ketam

(Menu kegemaran suami dan anak-anak saya)

Bahan-bahan :

  1. 5 ekor ketam – dipotong kaki dan sepitnya asing, serta ketuk dengan alu lesung (senang nak makan)
  2. 1 biji bawang besar – hiris kasar
  3. 2 inci halia – hiris kasar @ diketuk
  4. 4 ulas bawang putih – hiris @ diketuk
  5. 1 batang seleri – potong serong
  6. 1 tangkai daun sup – hiris untuk hiasan
  7. 1/4 batang lobak merah – dihiris bentuk yang menarik
  8. Air untuk merebus secukupnya.

Cara memasaknya :

  • Masukkan bawang, halia, lobak, seleri ke dalam air dan rebuskan sehingga separuh mendidih.
  • Masukkan ketam, tutup periuk hingga sup mendidih.
  • Perasakan dengan garam, masukkan hirisan daun sup. Tutupkan api.

Tips : Tak perlu tumis dengan minyak untuk kurangkan lemak. Lobak juga boleh diganti dengan ubi kentang. Seleri memang menyedapkan rasa dan aroma sup. Tak percaya, cubalah!

Tom Yam Seafood

(tanpa kiub atau perencah ready made)

Bahan-bahan :

  1. Udang saiz sederhana – suka hati berapa banyak
  2. Sotong – ikut suka juga
  3. 2 batang serai – diketuk
  4. 2 biji bawang besar – dipotong kasar
  5. 1 inci halia – ditumbuk kasar
  6. 3 ulas bawang putih – ditumbuk kasar
  7. 3 helai daun limau purut
  8. 3 biji limau nipis – diambil jusnya
  9. 3 biji tomato – dibelah 4
  10. 1/2 batang lobak merah – potong ikut suka
  11. 1/2 batang celery – potong serong
  12. 4 biji cili padi – jika suka pedas
  13. Air secukupnya

Cara Memasaknya :

  1. Masukkan semua bahan sekaligus dan tunggu hingga mendidih.
  2. Perasakan dengan garam dan gula.
  3. Tutup api dan masukkan jus limau nipis.
  4. Sedia untuk dinikmati!

Tips : Cili api boleh diganti dengan beberapa tangkai cili kering. Selain menambah warna, juga menambah rasa…Selamat mencuba!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 38,605 orang

Kalendar 2010

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: