Buku dan Majalah

  1. Koleksi Khas Pelajar, Doa & Hadis (Set Q) ; Terbitan Telaga Biru. Pengarangnya, tak lain tak bukan, Ustaz Zahazan Mohamed. Selain buku, saya juga ada koleksi kuliah beliau di Radio IKIM. Dalam kereta pun dah boleh dengar selalu, guna GPS. Kalau beliau keluar di TV, memang terus melekat sampai habis. Beliau memang tersendiri dalam menyampaikan ilmu. Sederhana dan mudah faham. Entahlah, bila beliau bercakap, kita yang mendengar terasa sampai ke hati, bukan setakat di telinga. Suami kata, kalau pendengar rasa begitu, itu tanda penyampai tersebut niatnya betul dan ikhlas kerana Allah semata. Wallaahua’lam.

Telaga Biru

2. Novel thriller penulis kegemaran saya, John Grisham. Dia ni lawyer dan 80% buku tulisannya berdasarkan kes sebenar yang dibicara di mahkamah, kes jenayah benar dan kes yang dia pernah wakili sendiri.

John Grisham

Buku pertama, Bertajuk `A Time To Kill’ saya beli pada Pesta Konvokesyen di UKT, Terengganu tahun 1997. Saja je beli, untuk tambah vocab. Lepas baca, terus jadi minat dan mendorong saya untuk mendapatkan semua buku tulisannya. Saya beli guna duit biasiswa matrikulasi. Biasanya saya tunggu bila dah di pasaran lama sikit supaya harga lebih murah sebab paperback version. Nak beli hard cover version, belum mampu masa itu. Antara tajuk yang saya sempat beli :

  • A Time To Kill
  • The Firm
  • The Pelican Brief
  • The Client
  • The Chamber
  • The Rainmaker
  • The Runaway Jury
  • The Broker

Ada juga yang saya tak sempat dapatkan sebab sibuk dengan tanggungjawab lain semasa di kampus. Kebanyakan novelnya juga difilemkan. Yang saya dah tengok, filem `The Painted House’ di Astro.

3.  Ni pula buku kegemaran saya bila rasa susah hati dan sedih..Buku motivasi Membina Hati Bahagia oleh Dr Tuah Iskandar. Saya percaya, ramai di luar sana sudah memiliki buku ini. Yang belum baca, anda mesti dapatkan. Moga-moga dapat kekuatan dan pengubat di kala berduka..

Apapun, buku ini sekadar `added supplement’ sahaja. Yang paling utama, makanan hati dan roh yang bersedih duka hanyalah zikrullaah, solat, doa mengharap padaNya semata, serta membaca kitabNya. Inilah yang kita wajib yakin dan pegang..Jadi, banyakkan membaca!

Leave a comment

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 40,095 orang

Kalendar 2010

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031