Kuih Tempatan/Tradisional

Cekodok Best

Bahan-bahan:

  1. Pisang – buang kulit, lecek.
  2. Tepung gandum – pandai-pandailah anda anggarkan, tapi pastikan bater tidak terlalu pekat
  3. Gula pasir – suka hati
  4. Air untuk bancuh bater
  5. 1-2 sudu besar susu pekat manis

Caranya :

  • Sama seperti nak buat cekodok macam biasa…campur semua bahan sehingga sebati.
  • Tambahkan susu pekat manis. Ini resepi rahsia ibu mertuaku.. Fungsi susu pekat manis ni adalah untuk memastikan cekodok tetap lembut, walaupun dah berjam-jam anda memasaknya!

Tips : Rehatkan bancuhan bater selama setengah sebelum anda memasaknya untuk memastikan adunan kembang sebati. Oleh kerana ada bahan susu pekat di dalam adunan, cekodok akan melekat antara satu sama lain ketika dimasak. Jadi, pandai-pandailah anda menguruskannya ok.

Saya seronok berkongsi `bahan rahsia’ ini dengan anda semua sebab, anda pasti takkan kecewa dengan hasilnya. Jangan terperanjat kalau sebelum ini, ada orang yang kurang minat dengan cekodok, tiba-tiba bertanya, `Sedap pulak cekodok ari ni..taruk apa ye..?’

5 Comments (+add yours?)

  1. ijah
    Dec 19, 2009 @ 09:15:27

    isk..maner resepi kuih muih nie?I nak belajo buat koi kasturi,gelang or donat ek…hik hik insaf da nie nak belajo masak!ha ha

    Reply

  2. hasnimah
    Dec 26, 2009 @ 15:41:31

    ada ‘bahan rahsia’….mesti cuba nie…

    Reply

  3. ijah
    Jun 20, 2010 @ 15:15:22

    uik…awat karipap I buat tak jadik…nie yg mental down nak masak nie..haha

    Reply

Leave a comment

my typing speed

share this blog

Bookmark and Share

Bilangan Pengunjung

  • 40,095 orang

Kalendar 2010

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031